Saturday, December 8, 2012

mimpi dalam mimpi, Al Fatihah

gua capai telefon bimbit gua sebelah bantal. terbuka mata pada 0510. ada satu panggilan terlepas, dari Kiki. gua biarkan. gua sambung tidur.

.....

*lokasi : semacam ada kenduri kesyukuran rumah makngah, di Panchor, mungkin kenduri arwah.

gua ternampak ada orang yang aku dah lama tak jumpa, dan aku rindu gila dalam kenduri tu. aku nampak arwah makteh. dia pakai tudung hitam. baju kurung pink. aku pandang kiri, aku pandang kanan. aku kira, tiada yang melihat selain aku seorang. terus aku meluru ke arah dia. aku peluk. sedih.

aku : mak teh macam mana makteh ada dekat sini? akak rindu makteh
mak teh : *senyum* kalau rindu buat apa?
aku : akak sedekah al-fatihah.
mak teh : bila nak sedekah yassin?

dia terus melangkah keluar. aku ikut. dia berhenti di sebelah kereta mercedes hijau lama kepunyaan pakngah. lantas aku peluk dia lagi, erat. aku  rindu. benar aku rindu. aku rindu orang yang tiap hari hantar aku pergi sekolah naik motor waktu darjah satu. 

aku : makteh nak pergi mana?

dia sekadar senyum dan berlalu. aku ikut. sampai di satu lereng bukit. dia berpaling ke arah aku, lalu senyum.
.. dan hilang di balik pancaran suria pagi. 

--------------------------------------------------------------------------------------

terjaga. 

*lokasi : rumah uwan
situasinya aku merotan beberapa orang budak. budak? sahabat aku di sekolah rendah. ada Amir. ada Nazirul. ada Kamarul da berapa yang lain, aku tak ingat, dan tak mahu.


--------------------------------------------------------------------------------------

terjaga, 0635

aku terus duduk, dan terus ke bilik air. usai solat. aku keluar bilik untuk khabarkan ke emak.

aku : mak, orang mimpi makteh. 
mak : dia bercakap tak?
aku : ada
mak : dia cakap apa?
aku : orang cakap orang rindu dia, lepas tu dia tanya, "kalau rindu buat apa?" orang jawab orang baca Al-Fatihah. *terdiam, air mata mula menitik* ... dia tanya orang, bila nak baca Yassin. 
mak : itulahhhhh den dah cakap, leko yo. 

aku terus capai laptop dengan hati sebak, cuma untuk taip post ini. ikhlas, jujur dari hati, ini adalah mimpi aku. kenapa aku boleh ingat mimpi aku? aku taktahu. sangat taktahu. cuma aku pasti, ini adalah jujur dari hati aku tentang mimpi malam tadi. aku sebak, sumpah. tak keterlaluan kalau aku cakap berberapa perenggan pertama aku melelehkan air mata. aku memang teringat sebijik sebijik apa yang berlaku antara aku & makteh dalam mimpi. reaksinya, senyumnya. ya Allah, aku cuma terlalu rindu. 

Al-Fatihah untuk Arwah Mak Teh. akak rindu.
Tuhan, cucurkan rahmatMu pada dia. tenangkan jiwanya di sana. 

No comments:

Post a Comment

Makian - Hamunan - Hentaman disini. Aku tadah telinga luas luas.