kau tahu, bila benda yang aku rasa main-main.... *mengeluh*
... dan tiba-tiba aku rasa semacam ada sekelumit rasa dalam hati. walaupun sikit, tak kisahlah.
cumanya, bilamana aku dah ditinggalkan atas sebab yang tak
obvious buat aku
curious untuk 2-3 hari ini, aku jadi
frust.
obvious, curious, frust. shit, what a good rhyme.
....sebab 2-3 hari kau buat aku asyik memikir benda yang pada kira aku tak penting. sememangnya tak penting pun. aku cuma fikirkan apa punca kau tiba-tiba dia menghilang tak ada khabar.
apa masih kau bernafas atau tidak. apa masih
valid tiket
so called "aku gf kau". apa masih ada
top-up dua
ringgit yang aku kongsikan. apa masih ada sisa rasa "suka" kau pada aku.
..atau sememangnya benar aku merobek hati kau dengan lima teks benda yang aku suka? peliklah. katanya soalan pulang semula.
dan apa benar aku cuma memikir benda yang tak penting?
biarkanlah. aku bakalan menginjak ke usia lapan belas. aku cuma mahukan sesuatu yang serius. bukan sesuatu rasa yang cuma terapung di dimensi yang entahlah-aku-tidak-tahu-penghujungnya-dimana.
--------------------------------------------------------------------------------
apa benar perlu aku tahu sebab ditinggalkan? ini kes, aku rasa tak perlu. kata orang, kebenaran itu menyakitkan. aku tak mahu disakiti dan menyakiti. biarkan aku gembira; tanpa tahu sebab. keputusan yang bikin aku gembira , aku pilih ini. biarkanlah. sedikit gundah masih boleh dijentik dengan berjuta kegembiraan aku bersama rakan yang selalu setia. biarkanlah.
biarkanlah sekelumit gundah ini terbang dibawa angin kesana, moga-moga kau turut merasa apa yang aku rasa.
..cumanya gundah bukan untuk aku. sekelumit gundah rasa aku, berganda gundah kepada kau untuk sesuatu yang lebih
real kepada kau. biar kau merasa.
biarkanlah.
qada' dan qadar ambil tempat. aku bosan pada karma. terlalu
mainstream. ha ha ha
-----------------------------------------------------------------------------------
*mengeluh*
aku lapan belas, aku cuba serius soal rasa hati.