Saturday, February 16, 2013

bichara kilat malam




sekali lagi aku memerhati langit malam. bezanya, aku rasa tak bermaya. lembam. lesu. sedih. kelam. remuk. silangan kaki aku ini malam sengaja dijuntaikan ke luar jeriji besi di beranda . malam itu aku terlalu malas untuk bergerak walau seinci. aku biarkan tubuh aku memeluk lemah jeriji tersebut dengan rasa yang teramat malas, bertemankan cahaya kilat yang datang pada kadar satu empat puluh lima saat sekali.

malam itu, kilat yang sabung-menyabung diluar tingkap, seolah-olah menggertak aku untuk berhenti memerhati langit malam. tiada pula petanda hari mahu hujan, cuma rancak kilat menari sahaja bikin malam itu agak lain rasanya. aku menginterpretasi tiap satu gerak tari sang kilat di dada langit. seolah-olah silangan kaki aku dan rasa lesu menimbulkan satu deria fokus yang membolehkan aku berbicara dengan kilat yang berceracak di langit malam.

"pergilah tidur, apa kau buat berjaga di malam hari ini anak muda." kata sang kilat. nadanya lembut memujuk, tak seperti yang aku sangka; menjerit dengan amarah.

aku cuma tersenyum manis untuk beberapa saat dan kemudian menundukkan kepala. aku duduk dan memeluk erat lutut. sejuk.

 "terkadang, aku merasa kewujudan aku cuma membikin orang lain susah. terkadang juga aku rasa tiap satu perlaku aku, membikin rengsa di hati tiap manusia sekeliling aku. terkadang aku merasa, wujudnya aku di dunia ini, cuma untuk dilihat buruknya. terkadang aku terpikir, apa pernah mereka menghargai aku?" balas aku. dadaku mulai sesak, dan sebak. air mata perlahan lahan menitis, diselangi guruh yang seolah memahami perasaan aku malam itu.

"bersyukurlah, anak muda. tuhan telah menciptakan engkau sesempurna yang mungkin. aku, sang kilat. apa pernah aku dipuji orang? apa pernah aku bikin orang senang dengan kehadiran aku? kewujudan aku, kemusnahan aku kelak, semata-mata kerana tuhan. aku lakukan segala-galanya kerana tuhan, kerana aku yakin akan ketentuan tuhan," balas nasihat padu sang kilat. lembut benar suaranya.


diam.

....


"apa bisa kita bertemu di lain hari? aku pasti akan merindui kamu. sekurangnya, aku masih punya tempat mengadu, yang tidak sewenang menghakimi siapa aku," kataku penuh pengharapan.

"mengadulah pada tuhan, berbicaralah sama tuhan, dia maha mendengar." balas sang petir. bayangan pada minda aku, dia sedang tersenyum manis.

kilat beransur-ansur hilang. aku membaringkan diri di balkoni sambil memeluk tubuh. kepala aku, ligat berfikir.

diam.


....

ya. aku lalai.

4 comments:

Makian - Hamunan - Hentaman disini. Aku tadah telinga luas luas.