semenjak jatuh sakit, ada perkara-perkara membataskan aku untuk menghadap. aku mulai rindu nak menghadap. aku melewati waktu-waktu, namun masih tuhan itu maha penuh dengan sifat ar-rahim, menyembuh aku sedikit demi sedikit. tiap kali keterlewatan aku bangun, aku kira-kira entah beberapa kali mungkin malaikat maut menjenguk, namun dengan izin tuhan, masih mampu bernafas dan melewati waktu-waktu itu seperti biasa dalam keadaan sakit ini. berapa pula orang yang dicabut ruhnya secara kekal ketika tidur?
:)
sahabat- sakit itu membawa dua; sama ada mendekat, atau menjauh. seusahalah yang boleh pada takat yang termampu, andaikan pada waktu sihat tak terbuat, buatlah saat ini. mendekatlah, kerna aku yakin tuhan itu memberi ujian atas dasar kasih dan rindu yang setimpal-- kerna cuma pada waktu sakit, waktu susah; kebergantungan kita 100% pada tuhan. kenang sahaja pada waktu waktu kesakitan yang paling, apalah nama yang nama kita rintihkan?
tuhan, aku sakit.
tuhan, kuatkanlah aku.
tuhan-- tuhan-- tuhan--
sebulat diri-- kita berserah untuk penyembuhan dari tuhan.
sahabat, kita ini merintih-merajuk apa bila ditinggalkan berseorangan tanpa sokongan siapa-siapa, tuhan itu andai merintih-merajuk atas segala silap salah lalai-- apalah ada pada kita sekarang ini?
((jeda))
aku masih rindu.

sakit atas dunia saja kita sudah menyebut nama Tuhan,apatah lagi ditinggal berseorangan dalam kubur kelak.Aku tak nafikan,aku paling ingat bibirku asyik menyebut nama Tuhan sewaktu sakit teruk suatu tika dulu.
ReplyDeletetiada daya yang tertolong kecuali amalam ketika itu. aduh.
Delete