Wednesday, October 3, 2012

Apunglah, ini ruang illusi.

minda ini terapung di ruang imaginasi-- tiada sempadan. 
tiada bersegi.
tiada bersimetri.
tiada batasan ruang. 
abstrak dan indah. 

ruang aku-- punya aku.


dunia di sini indah-- benar indah. 

penuh warna. biru. merah. kuning. 
ah, bilang saja apa warna. 
petik saja kata apa. 
pendek kata, ada semua.

di ruang dunia ini aku terapung--  terapung di ruang penuh warna, 

penuh ceria, 
penuh indah. 
kaki ini-- semakin lupa melangkah.

kerna ini-- ruang aku. aku bisa terapung. 

aku bebas.

wujudnya ruang itu cuma sementara-- beberapa menit, aku sadar-- jejak kakiku masih bertapak di bumi tuhan.


dan pabila aku,

kembali ke ruang realiti; 
tersadung jatuh-- aku sapu pasir di lutut. darah di lutut ku biar mengalir pedih. 
perjalanan, aku teruskan.
ku langgar redah--
semua onak.

ruang aku, aku tak mungkin tersadung-- kerna aku bisa terbang, terapung di ruang udara. 
hukum newton dipersetankan dalam ruang imaginasi aku.

*mind blockage*


................


...............


...............



aku mahu ruang imaginasi aku kekal-- sebagai realiti yang tidak puki.


Saturday, September 22, 2012

untuk demi rasa

demi rasa itu--
serendah tanah ego ku taruh.

bukan untuk 
dipijak.
diinjak. 

bukan untuk
dibuang.
dicampak. 


bukan untuk
dimain.
dipermainkan.

rasa itu bikin aku bodoh.
puki.

Tuesday, September 18, 2012

Kejar dan Langgar.

biarkan dia--
mengejar.
biarkan dia--
berlari.
biarkan dia--
berusaha.

biarkan dia--
mengejar;
yang melanggar halaju.
yang melanggar kemampuan badan.
lelah. sepit. sesak, semput.
lalu jatuh tersungkur.

biarkan dia--
berlari.
yang pantas.
yang laju.
yang kehadapan; tanpa menoleh kebelakang.
kasi langgar.
lalu tercampak.

biarkan dia--
berlari
terus dan lurus.
melanggar belok.
melanggar simpang.
melanggar pokok.
lalu jatuh--
tersungkur.
tercampak.
menyembam.

jangan sekali bangunkan dia.
biarkan.

Sunday, September 16, 2012

Orang Seremban Gila

Semalam, September 15; tatkala gua dan member gua; Shana habis tuisyen, kami menuju ke parkir motor untuk pulang ke rumah. Gua hangkut helmet. Gua nampak ada benda tak kena dengan "visor" helmet gua.

Lalu gua bersuara.

"Shana. Kenapa helmet aku ada berak burung?"
"Ah pulak. Mana datang berak burung? Alaah sikit je"
"Pundek punya burung. Berak dah hijau! Aku benci hijau totakk??" 

Tiba-tiba kedengaran satu suara tidak tahu mana sumber..

 "Kau buat apa sini bising-bising? Orang duduk sini nak senyap kau membising! Dah pergilah kau balik sana! Pergi, pergi!"

Gua menoleh, perasaan ingin tahu gerangan siapa bersuara menebal. Gua ternampak ada sorang pakcik duduk tepi tebing tak jauh dari kawasan kitorang parking motor. 

"ASJNDjsdcbhwrfhwrvemkltvhjnidcmkervghbiefrvcme,lrvhbtgbvhuedcmkevhbrvmks!!!" pakcik tersebut membebel dekat gua dengan member gua lagi. Gua tengok member gua dah menggelabah. Gua dah ready helmet nak menghempok kalau kalau dia berani nak approach gua dengan member gua. 

Gua tengok muka pakcik tu selamba hisap rokok. Hembus. Terus mengomel entah apa apa. 

Gua panas, lalu gua tonggeng motor. 

"This is not a quiet place for you to look for a peace and to shut my mouth up, orang gila! Bodoh, kau nak senyap pergi semajid, bukan duduk sini hisap rokok tunggu maut jemput dari langit!"

Gua pulak sambung gila. Hangin gua. Pundek.

Saturday, July 28, 2012

Uda & Dara sepasang Kekasih Punk Malaya


Semacam indah malam itu. Uda dan Dara; sepasang kekasih punk berbaju putih malam itu. Bertemankan unggun api, bintang di langit, duduk berdua di tepi pantai di bawah sebatang pohon yang melambai ditiup angin malam. Uda menggenggam kemas tangan Dara. Erat.

"Bebe. Aku sayang kau. Kalau aku dah tak ada nanti, jangan pernah berhenti sayang aku, doakan aku tenang di sana". Uda bersuara, memecah hening malam. Dara yang bersandar di bahu Uda bingkas duduk tegak dan memandang Uda dengan muka yang berkerut.

Pangg! Satu tamparan hinggap di muka Uda.
"Babi. Berapa kali aku cakap. Aku benci kau cakap macam itu!" Dara memberi hujah. Berkerut keningnya.

"Bodoh. Kita tak tahu bila masa kita mati. Kalau aku mati dulu, sekurangnya aku pesan sesuatu untuk bekalan kelak," jawab si Uda, sambil tersenyum sinis.

Uda memandang Dara dengan penuh kasih. Sedikit pun tidak terganggu emosinya setelah ditampar oleh Si Dara. Dara membelakangkan Uda dan menghadap unggun api sambil memeluk tubuh. Dara mengeluarkan pisau dipoket seluarnya lalu dicucuk cucuknya ke pasir halus pantai itu.

"Oh bebe merajuk.." kata si Uda.

Dipeluknya awek tercinta dari belakang. Senyap. Tiada respon. Beberapa saat, Dara tersangut-sangut. Esakan terdengar, menangis si Dara.

"Kita bakalan mati bersama" kata si Dara sambil memeluk semula Uda.

Ssaap! Darah terpercik. Pisau yang dipegang oleh Dara kini tercacak di belakang tengkuk Uda.

"Dara... kenapa...." Uda jatuh terbaring dalam pelukan si Dara, Dara menurut jatuh terbaring sama. Uda menggenggam baju Dara, berkerut mukanya menahan kesakitan. Baju dara dipenuhi darah si Uda. Beberapa saat. Uda senyap tidak bernyawa dalam pelukannya.

Dara meraung. Pisau di belakang Uda di cabut.

"Sepatutnya bukan waktu ini kau mati, terlanjur kata, ini yang aku mahu. Kau menyebut, aku memberi. Kita mati bersama. Kita tak akan berhanti saling mencintai. Ini cinta ke hujung hayat"

Sappp! Sssapp! Sssapp!
Dara menikam-nikam dadanya. Darah terpancut merata tempat.

Matilah mereka bersama.

Sekian.

Sunday, May 6, 2012

Layla Nak Cendol

"Pehh panas siot petang ni, lecak ketiak aku..!" gumam Layla sendirian. Petang itu cuaca terik, langit kelihatan biru tanpa sebarang tompokan awan. Burung-burung juga tidak kelihatan di langit, cuma seekor dua yang gigih mengepak sayap untuk mencari rezeki anak-anak di sarang. Layla mengecilkan matanya kerana silau akan cahaya matahari yang terlampau terik. Petang itu, dia pulang sendirian dari sekolah. Dua lagi sahabatnya Ana dan Izah pulang awal kerana mereka punya hal lain untuk diselesaikan. Layla mengipas-ngipas diri dengan tudung sekolahnya. "Fuhhh~! Ini kalau dapat cendol Mak Minah kat simpang nun best ni. Lama tak makan cendol. Nyumm. Pergi kejap la, kempunan karang masuk bawah lori pulak."

Layla gagah melangkah untuk sampai ke simpang yang terletak agak jauh dari sekolah. Dahinya disangkut beg sekolah, gaya tipikal pelajar sekolah yang keletihan. Tangannya tak henti-henti mengipas. Dia mengambil keputusan untuk mengambil jalan pintas ke simpang untuk membeli cendol. Terkenal benar jalan itu dengan kegiatan gelapnya. Di situlah terdapatnya kes-kes rogol, pelacuran, tempat gelandangan yang hisap dadah dan segala macam kegiatan negatif. Orang setempat menggelar jalan itu sebagai jalan hitam. 

"Ah aku tak peduli. Aku nak makan cendol", hatinya keras berkata saat dia melihat seorang lelaki melihat dia dengan cara yang mencurigakan. Pandangan lelaki itu mematikan langkahnya buat seketika, namun selepas itu dia mula mengatur langkahnya mara ke hadapan tanpa menghiraukan lelaki itu. "Adik, adik, meh sini kejap abang nak tanya" lelaki itu mula bersuara. Layla buat tidak peduli. "Woi! Sombong! Jaga kau! 

"DUBB!" satu objek keras singgah dibelakang bahu Layla. Pandangannya gelap, lalu tumbang disitu. Dia kemudiannya diseret masuk kedalam sebuah kereta. "Itulah, kau sombong sangat, aku mintak cara baik kau buat tak tahu. Sekarang, kau rasalah..! He he he.." 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Layla tersedar dari pengsannya. Dia melihat sekeliling. Kemas, teratur. Dindingnya dicatkan dengan warna merah dan hitam. Katil tempat pembaringannya pun empuk. Tiba-tiba darahnya berderau apabila terlihat sebuat potret yang terletak di kepala katilnya. Potret itu memaparkan gambar lelaki itu itu tersenyum dengan mulutnya comot dengan darah dan sisa sesuatu. Manakala di tangannya memegang satu kepala wanita yang terjegil matanya, lidahnya terjulur keluar. Kepalanya rompong pada bahagian dahi keatas, otaknya tiada. Air matanya mengalir, Layla menjerit. 

Tiba-tiba lelaki yang menculiknya sebentar tadi keluar dari bilik air dengan memakai boxer sahaja."Eh, sayang dah terjaga? Abang tunggu sayang sedar, kita sama-sama nikmatinya, sayang. Hehehe"

Layla berdiri. "Woi! Lepaskan aku sial! Kau nak apa daripada aku ha jahanam!" jerit Layla. 

"Aku mahu engkau!" Lelaki itu berang, lalu menarik tudung Layla sehingga tercabut. Layla terjatuh di lantai. Lelaki itu tersenyum buas, dia mengenggam kedua-dua pergelangan tangan Layla.

Lelaki itu merapatkan mukanya kewajah Layla, Layla mengelak. "Sayang tak pernah rasa, kan? Ini hari abang kasi rasa. Sedap tau.." Lelaki itu kembali melepaskan genggaman pergelangan tangan Layla. Lelaki itu melucutkan boxernya. Bulat, telanjang bulat.

Layla menyirap. "BABI! SIAL!!!" jerit Layla. Seolah-olah punya kuasa luar merasuk Layla, Layla bangkit dari duduknya, lantas mengumpul kuasa dalam masa miliseken dan jurus menendang penis lelaki itu. Lelaki itu mengerang lalu terjelepuk ke lantai sambil mengenggam penisnya. Senak. 

Dia teringat akan pesan guru Biologinya, kata gurunya, itu adalah kawasan paling sensitif bagi lelaki. Terbukti benarnya, lelaki itu sambil tidak bangkit dari jatuhnya. Layla seolah-olah hilang kawalan. Dia mara menghadap lelaki yang terbaring itu. Sambil tersenyum sinis, dia menendang lelaki itu sekuat-kuat hatinya. "Arkk, arkkk!" Lelaki itu mengerang. Dia memijak mijak pula perut, dada dan muka lelaki itu sekuat hatinya. Seolah-olah tidak akan ada penatnya. Terkencing-kencing lelaki itu akibat kesakitan, sikitpun tidak daya melawan. 

"Puii! Celaka! Habis kasut aku hancing!!!! BABI!!!  Layla memijak-mijak penis lelaki itu. 

"Tolong! Tolong! Aku mintak maaf, aku tak buat dah! Janji!" Layla tidak mempedulikan rayuan gombal lelaki itu. Layla bertinggung, seraya mencakup rambut lelaki itu.

"Mintak maaf? Maaf hotak kau!" Kepala lelaki itu ditarik dan diseret ke tempat yang dia terkencing sebentar tadi. Layla 'memarut-marut' muka lelaki itu di atas lantai yang basah dengan urinnya.

"Arghh!! Cukup! Cukup! Lelaki itu cuba bangun dan merentap baju Layla sehingga terkoyak bahagian lengannya. Terserlah lengannya yang putih dan gebu itu. Layla berang, lalu menggapai sebuah vas yang terletak diatas meja.

"Pranggg!" vas itu pecah setelah hinggap kepala lelaki itu. Lelaki itu tumbang, kelatihan, tidak bermaya. Layla menjerit-jerit, hilang kawalan. Dia mengambil serpihan vas itu, lalu bertinggung diatas perut lelaki itu. Mata lelaki itu dibuka seluas luasnya dengan jari runcingnya.

"Nikmatinya sayang..!" Sapppp! Mata kiri lelaki itu dicucuk dengan serpihan vas itu.

Arghhhhhhhh!!!! Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang bahagian vas yang berserpih di mata kirinya. Darah memancut mancut. Layla menggila. Darah yang banyak itu menyebabkan Layla seperti tidak keruan. Layla mendekatkan mukanya kearah lelaki tersebut, menjilat darah yang memancut dari mata lelaki itu. Hmm. Manis. Dia masih perlukan lebih. Dia mencari sesuatu di dalam laci bilik itu. Dia terjumpa akan pisau pemotong kertas.  

"Sreett, sreeett, sreettt" Layla menggerakkan ke atas kebawah pengunci pisau itu. Lelaki itu sudah tak bermaya.

"Darah penjahahat macam kau sedap, aku perlukan lebih. He he he"

CAKKK! Pisau itu ditikam di batang trakea leher lelaki itu. Darah tersembur sejauh 8 meter, lelaki itu menggelupur seperti ikan yang lemas.

"Khakkkk, khakkk, khhhhhhh" lelaki itu cuba bersuara. Darah menyembur di merata tempat. Layla mengilai. Ketawa sepuas-puasnya. Sedikit darah lelaki itu disisipkan di lidahnya.

"Puikk. Darah batang leher kau pahit!" jerit Layla. Layla meludah darah yang disisipnya tadi ke muka lelaki itu. Lelaki itu sudah tidak bermaya untuk menunjukkan sebarang reaksi. Layla tunduk, mencabut pisau yang tertusuk di leher lelaki itu. Payah benar hendak keluar, tersekat. Lelaki itu mengerang.

Layla memegang pisau itu dan berbaring di sebelah lelaki itu.

"Aku dah cakap balik sekolah tadi, aku nak makan cendol. Kenapa kau halang? Sekarang, siapa susah? Kau separuh mati. Aku tak dapat cendol aku. SEKARANG SUDAH PETANG!!"

"Akhhh, akhhhhh..." Lelaki itu mengerang, matanya mengalir air mata. Hiba hati Layla melihat lelaki itu. Layla menangis teresak-esak seperti anak kecil. Tiba-tiba tangisannya berhenti.

"Ahhh tak patut aku tangiskan orang macam engkau!" Cakkkk cakkkk cakkk! Kulit lelaki itu dikelar-kelar. Darah memancut.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Layla ketawa.

Maka berakhirlah riwayat lelaki itu. Matilah dia ditangan Layla yang lapar akan cendol. Wakaka

Monday, April 23, 2012

Puisi Untuk Orang Seni

Satu kata, dia mula. Satu ayat, dia pecut laju. Kosong graviti, melayang kata. Satu nafas, aku ungkap bait bait. Terselit koma, satu perhentian menarik nafas.


Nafas usai ditarik dalam, aku bergerak terus. Terus, terus, terus, terus mengungkap. Makin aku sedar aku mula kabur, kabur dan makin kabur.


Aku mula mencari noktah. Mencari noktah untuk berhenti. Berhenti walau seketika, untuk aku lap minda, buang kerabunan minda, untuk terus meluncur laju dalam pembacaan-- puisi kamu.


Berhenti aku, bukan untuk seketika. Walau panjang lebar perjalanan puisi kamu, aku berhenti untuk beberapa tempoh yang kiranya tidak pendek. Pastinya satu, akan disambung selepas habis puas minda dibuang rabun.


Lalu aku berhenti, aku conteng puisi ini. sendiri. Percayalah, aku menulis kerana terinspirasi. Oleh kamu, si pemuisi. Untuk kamu, ini puisi. Ambil, buang jika tidak sudi. Sekian sahaja, aku berhenti. Lagi sekali.


Puisi ini, untuk orang seni, yang menjadi, pencetus inspirasi.



Sunday, March 25, 2012

Jangan Salah

"Kepala jubo ah individual perception, kalau dalam sepuluh orang kau tanya gitu satu pun tak tentu boleh terima tau tak?"

Pangkalnya disini--
Apa tujuan dan mana hasilnya?

Cuba kamu lihat pada konteks masyarakat, masyarakat masih tak nampak hasil - hasil masterpiece yang kamu buat, masyarakat masih tak nampak, tak jelas dengan apa yang kamu perjuangkan. Cuba kamu letakkan diri kamu dalam golongan masyarakat itu, dan kamu lihat diri kamu dalam perspektif masyarakat. Kamu akan nampak kontra disitu.

Taknak didiskriminasi?

Kutip ilmu, buat sesuatu yang berfaedah untuk nusa dan bangsa kamu, nescaya kamu pasti dipandang, saya jamin.

Thursday, March 15, 2012

April Fool In Advance

"Eh, bubur dah expired. Kena bagitau auntie kedai nie, kalo orang beli tak ke cirit birit makan bubur nih." gua kata dalam hati, niat gua suci.

" Auntie, bubur nie dah expired" gua tunjuk bubur tu dekat auntie kedai.

" Eh ini bubur baru sampai woo" auntie tu buat muka ketat sambil tengok packaging bubur tuh.

" Eh you tengok betul betul maa, dah expired ka? " auntie tu kata lagi. Gua tengok tarikh luput tu :

" 13/10/2012 "

" Oh damn malu gila" gua kata sambil paling muka daripada tengok muka auntie cina tu. 

Lepas gua conteng arang dekat muka gua sendiri, gua dengar auntie cina tu berborak dgn kakak dia dalam bahasa cina. mengutuk aku la tu. Cilake

Dalam perjalanan balik, dengan muka setebal tembok cina, gua cakap dengan adik gua:

" Kan best kalo aku cerdik kejap tadi. Lepas aku kata benda tu dah expired terus aku cakap April Fool! sambil buat muka happy kat auntie tu. Mesti aku tak malu"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" adik gua gelak. Damn.

p/s : March Fool auntie!