selang beberapa minggu, atau mungkin hari, atau beberapa ratus jam, atau juta seken, atau billion miliseken..
keputusan SPM bakal keluar. petanda buruk atau baik, aku tak pasti. debarnya, cuma tuhan yang tahu. cuma tuhan yang faham. waktu ini waktu yang aku boleh rasa nak pertikai balik apa aku buat sepanjang 2012. salah ambil jurusan; sains tulen. bodoh-bodoh menghadap untuk dua tahun. padan muka aku.
nak disibuk risau tak tentu hala, benda dah jadi. baik cepat atau lambat, keputusan tetap akan keluar. nak atau tak nak, hadaplah segala hasil usaha sepanjang dua tahun.
risau. apa kata orang, apa kata keluarga. apa kata ayah.
*sigh*
dikhabarkan ke emak barusan.
"mak.. kalau orang dapat result tak sedap, mak redha ye?"
"tak kisahlah kau dapat apa apa pun, benda dah jadi, den redha"
aku rasa sepotong ayat keluar dari mulut suci insan yang bergelar emak itu, benar-benar mujarab untuk hati yang menanggung risau. bebanan risau aku seolah-olah hilang, lenyap begitu sahaja. betapa hebatnya kuasa magis seorang emak. sayang mak. *sengih*
aku dan emak bukan jenis ahli keluarga yang biasa berpeluk-cium sebelum ke sekolah, atau kemana-mana, waima dihari raya--
mak brutal, kan? :)
keluarga kami juga tak megamalkan, "sayang mak" atau, "mak sayang akak", atau "mak sayang adik".
aku akui, aku punya sifat manja gedik-gedik sedikit dalam aku; yang mana raya eidulfitri dua tahun lepas aku merasa rindu untuk cium mak. aku salam, aku cium kedua belah tudung (sepatutnya pipi) mak, mungkin mak merasa sedikit janggal. lalu aku salam cium kesemua makcik-makcik aku untuk menghilangkan janggal di pagi raya itu.
terpaksa, cuma itu peluang yang ada untuk cium dia, brutal sangat. :)
ayah pula, jarang pulang ke rumah atas tuntutan komitmen. dia berkeluarga dua, dan menjaga makan pakai kami kedua keluarga menuntut dia untuk bekerja lebih. memang pada awal usia aku kerap mempersoalkan mana keadilan untuk kami. bila ditimbang semua, ayah bekerja keras untuk menjaga makan pakai aku, dari kecil sehingga sebegini besar. Alhamdulillah :)
lain pula ke ayah, jenis dipeluk-cium. ada satu-satu masa dia bermalam dirumah, sedang aku hampir terlelap, tanpa menghiraukan umur aku yang menginjak remaja, dia tepuk-tepuk pipi aku lalu baring disebelah aku, lalu diboboknya aku tidur.
ayah sweet, kan? :)
mungkin dulu, sering aku persoalkan dalam minda, kenapa keluarga aku tak macam keluarga lain yang duduk berkumpul makan, baca doa beramai-ramai sebelum makan dan berkelah santai di hujung minggu ditepi pantai. meniti arus kemodenan kini, aku mulai faham, perbezaan keluarga kami berbanding dengan keluarga boleh dinyatakan dengan satu perkataan iatu;
hipster. haaahahahaha!

dalam dunia sejajar, ini kami. hahaha |
Good Luck spm.Kan setiap keluarga ada keunikannya.
ReplyDeleteterima kasih :D betullah :)
Deletehope ur mom bi mine !!!!!!!!!!! kite tuka mak nakk ? hehehe
ReplyDeletetak nakk!
DeleteJust cool. Tu semua mengajar untuk keras masa depan kot..
ReplyDeletebetullah tu. cuma kurang komunikasi. cenderung mendengar.
Delete