yeay gembiranya kita ini hari, bangun pagi dan daun-daun dah jadi cekelet yang dibalut timah berwarna perak! |
hidup terlampau singkat untuk dikenang sedih cerita dulu. orang akan kata, 'benda perlu masa, akan ambil masa'. memang ambil masa, tapi jangan terlampau lama sampaikan masa depan pun tak dah nampak. disebabkan putus cinta, badan sendiri nak diremuk rosak.
kita ini cuma roh. badan ini pinjaman tuhan. esok-esok takut tak berjawab depan tuhan. nauzubillah minzalik!
jangan lupa, bahagia kita ada dimana-mana. jangan dihadkan bahagia semata-mata untuk makwe/pakwe yang sangatlah caring, mengambil hati, dan sebagainya idaman fantasi gegadis diluar sana. jangan dihadkan bahagia semata-mata untuk keluarga yang lengkap dan gembira.
bahagia itu dimana-mana, dan untuk berjumpa bahagia yang berada dimana-mana, belajarlah menghargai. sentiasa kena ingat, punya ada mnusia yang lagi susah dari kita. apa yang kita ada, adalah apa yang mereka sangat idamkan.
cuba pilih salah satu disini untuk kita pilih bahagia. cuba hargai:
#1 diri sendiri.
#2 agama.
#3 keluarga.
#4 kawan-kawan.
#5 setiap-apa-yang-kau-pandang-sekeliling-yang-ada-dihadapan-batang-hidung-kau-sekarang.
cukuplah sekadar itu untuk kita belajar cuba hargai. jangan diminta orang hargai diri kita kalau kita sendiri tak pandai nak menghargai diri kita.
jangan dicari apa sumpik-rosak. hidup tak akan pernah dalam keadaan bahagia dan senang.
jangan dihebah kepura-puraan kita untuk berbahagia. selagi dihebah, kita tak akan pernah tahu, yang pura-pura itu lama-lama akan menjadi satu benda yang bikin kita orang yang paling gembira dalam dunia. tak akan pernah tahu.
kalau orang dah tak ambil peduli, pedulikan sahaja. jangan bikin cerita sedih, dicanang pula satu dunia yang kita ini dipulau orang yang disayang, baik kekasih, keluarga mahupun kawan-kawan. apa perlu ditagih peduli orang?
jangan menyalak untuk meminta peduli orang, malulah sikit.
apa, jenis fuck them all?
tak tahu malu pada orang, reti-retikanlah malu pada tuhan.
sekian, semoga kita sentiasa berbahagia. senyum, dan hadap dunia. aku pasti tiap dari kita masih belum bersedia menempuh akhirat, bukan? maka, selamat berbahagia!
No comments:
Post a Comment
Makian - Hamunan - Hentaman disini. Aku tadah telinga luas luas.