Saturday, December 22, 2012

mayan doomsday 211212







2 hari sudah aku tidur malam. itupun di rumah mak ngah. bertemankan sepupu. tiada internet untuk dibawa berjaga ke pagi. cuma tilam empuk, bilik luas berdinding hijau epal, kipas berlevel 3. tak lupa bantal busuk dan selimut kesayangan dari rumah. selesa betul. baru terasa nikmat tidur malam setelah beberapa minggu malam aku tidak peruntukkan untuk tidur.

hari ke 3, tidur di rumah. terlajak subuh. jahanam.

hari ke 4, kembali semula sifat nocturnal aku. sepatutnya aku terjaga untuk ke membuang urin dari pundi kencing pada waktu ini untuk tiga hari yang malamnya aku tidur. nampaknya tidak untuk hari ke 4. rancak lagi jari menari pada lantai keyboard. mata mengantuk, otak memaksa tidak-- jangan tidur. mungkin kesan dari white coffee coolblog yang aku minum petang semalam, buat otak aku jadi rebel. jangan minum white coffee coolblog, dia kuat melawan.

siang semalam aku dan shana melepak untuk kesekian kalinya. lama betul tak jumpa dia. apa reaksi dia? muka dia teruja nauzubillah. katanya "laamaaanyaaa tak jumpaaaaa!" aku nampak reaksi dia. aku sengih. hati tersentuh jugak, tapi aku diamkan. "ha'ah laa lama tak jumpa, rindu kau". nada aku cuma bersahaja, terbisik jugak rasa segan nak sebut rindu. kenapa? sebab dah terlampau rapat. ada kau nak bagitahu kawan baik yang sesama mencarut dan mengarut yang kau rindu dia? aku tak.
jalan jalan kami di terminal penuh dengan bualan kosong tak bertopik. dari rambut indo nenas, smartphone dan lain lain. aku semacam ada rasa sikit awkward tadi. tak tahulah kalau kalau dah lama tak jumpa jadi sebabnya. tapi. aku act cool. 

kami kawan baik. kami bukan hipster berjeans ketat. hijabster belen jauh sekali.
kami cuma kawan baik yang punya sama keputusan PMR 2010 dan sama sama survive untuk dua tahun yang celaka dalam aliran sains di sekolah. kami okay, kami baik. kami cuma baik. baik. okay.


apa tadi? lari pulak topik. doomsday? heh. go home mayan, you're fucking drunk. go into your hut and smoke weed. 





so, for some of us who do silly things to prepare for doomsday, i'm sorry bro, not this time. keep calm and wait. 



Sunday, December 16, 2012

nocturnal

usai sijil pelajaran malaysia beberapa minggu lepas, aku adalah seorang nocturnal. hidup aku cuma di malam hari. teman aku cuma buku, internet dan imaginasi. gelap dan sunyi malam bikin aku semakin ketagih akan ketenangannya dari hari ke hari. tambahan, privasi aku tidak diganggu gugat oleh sesiapa. cuma aku. aku dan kalau adik tak tidur, adik. bulan dan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit seolah olah turut sama menemani  aku dan dua belas jam yang gelap itu. 

cuma pada satu hari, bertemankan secawan nescafe-- saat aku menerobos ke dada langit untuk menodai keindahan malamnya, aku mulai rasa pemandangan aku cuma biasa biasa sahaja. tak lari dari biasa. bulan. gugusan bintang, berlatarbelakangkan muzik cengkerik menyanyi nan merdu. 

pada hari itu, aku mahukan ini--




aurora.


Monday, December 10, 2012

lompong





andai bisa aku korek sedalam jumlah kaki yang infiniti ke dalam perut bumi dan cari perkataan yang boleh aku susun cantik untuk dijadikan waima sepotong ayat untuk orang lain faham, maka itu adalah satu kejayaan yang teramat besar buat aku.

tolong usirkan rasa lompong itu. ianya bikin aku serabut.


Saturday, December 8, 2012

mimpi dalam mimpi, Al Fatihah

gua capai telefon bimbit gua sebelah bantal. terbuka mata pada 0510. ada satu panggilan terlepas, dari Kiki. gua biarkan. gua sambung tidur.

.....

*lokasi : semacam ada kenduri kesyukuran rumah makngah, di Panchor, mungkin kenduri arwah.

gua ternampak ada orang yang aku dah lama tak jumpa, dan aku rindu gila dalam kenduri tu. aku nampak arwah makteh. dia pakai tudung hitam. baju kurung pink. aku pandang kiri, aku pandang kanan. aku kira, tiada yang melihat selain aku seorang. terus aku meluru ke arah dia. aku peluk. sedih.

aku : mak teh macam mana makteh ada dekat sini? akak rindu makteh
mak teh : *senyum* kalau rindu buat apa?
aku : akak sedekah al-fatihah.
mak teh : bila nak sedekah yassin?

dia terus melangkah keluar. aku ikut. dia berhenti di sebelah kereta mercedes hijau lama kepunyaan pakngah. lantas aku peluk dia lagi, erat. aku  rindu. benar aku rindu. aku rindu orang yang tiap hari hantar aku pergi sekolah naik motor waktu darjah satu. 

aku : makteh nak pergi mana?

dia sekadar senyum dan berlalu. aku ikut. sampai di satu lereng bukit. dia berpaling ke arah aku, lalu senyum.
.. dan hilang di balik pancaran suria pagi. 

--------------------------------------------------------------------------------------

terjaga. 

*lokasi : rumah uwan
situasinya aku merotan beberapa orang budak. budak? sahabat aku di sekolah rendah. ada Amir. ada Nazirul. ada Kamarul da berapa yang lain, aku tak ingat, dan tak mahu.


--------------------------------------------------------------------------------------

terjaga, 0635

aku terus duduk, dan terus ke bilik air. usai solat. aku keluar bilik untuk khabarkan ke emak.

aku : mak, orang mimpi makteh. 
mak : dia bercakap tak?
aku : ada
mak : dia cakap apa?
aku : orang cakap orang rindu dia, lepas tu dia tanya, "kalau rindu buat apa?" orang jawab orang baca Al-Fatihah. *terdiam, air mata mula menitik* ... dia tanya orang, bila nak baca Yassin. 
mak : itulahhhhh den dah cakap, leko yo. 

aku terus capai laptop dengan hati sebak, cuma untuk taip post ini. ikhlas, jujur dari hati, ini adalah mimpi aku. kenapa aku boleh ingat mimpi aku? aku taktahu. sangat taktahu. cuma aku pasti, ini adalah jujur dari hati aku tentang mimpi malam tadi. aku sebak, sumpah. tak keterlaluan kalau aku cakap berberapa perenggan pertama aku melelehkan air mata. aku memang teringat sebijik sebijik apa yang berlaku antara aku & makteh dalam mimpi. reaksinya, senyumnya. ya Allah, aku cuma terlalu rindu. 

Al-Fatihah untuk Arwah Mak Teh. akak rindu.
Tuhan, cucurkan rahmatMu pada dia. tenangkan jiwanya di sana. 

Monday, December 3, 2012

dol, mana DIA?




dol,
gua rasa nak tumbuk dinding.
tapi nanti tangan gua yang gebu halus mulus; sakit.

gua rasa nak hentak kepala dekat dinding. 
tapi nanti kepala gua pecah berderai; mati.

gua rasa duduk dalam tandas lama-lama.
tapi nanti mak kata gua gila; sentap.

gua rasa gua nak menangis,
tapi nanti gua rasa macam entah apa apa; bodoh.

kalau gua buat semua yang gua rasa; gua tulis atas sana, 
gua cari satu benda sebenarnya. 
idea. 
----------------------------------------------------------------------------------------

ini dah naik hari ke 7,
otak gua blank.
tak ada idea-- langsung.
tak ada skill-- langsung.

p/s : babi, mana lu pergi. 




Monday, November 12, 2012

additional mathematics dan masalah.

mencari dan menyelesaikan masalah adalah bukan pilihan gua yang terbaik untuk memulakan hari. pilihan gampang erti kata lainnya yang mana gua memang benci gila babi. apa masalahnya?

addmaths.

gua tengah sedaya upaya mencipta rasa hipokrit untuk suka subjek addmaths sekarang. kejap lagi gua ada kelas addmaths  tepat pada sifar sembilan sifar sifar. kejap lagi gua kena jawab kertas addmaths pada sekian sekian hari bulan.

ingat gua suka pilihan gua sekarang?
haram tak, bro. sista jugak.

p/s : lu orang tak akan pernah faham bertapa double digit dan kelulusan addmaths bermakna nak mampos buat gua, lu orang takkan faham. gua seksa buat benda yang gua tak suka, maka kalau addmaths tak tercatat dalam sijil keputusan gua, tak ada rasa secebis terkilan pun dalam hati gua.

sebab gua tak pernah ikhlas belajar subjek yang gua benci. sekian.

cita cetera ini hari, bawah tanah. oh. dan zine.

sekeliling gua ini hari bikin aku terus berfikir. dari gua celik mata, sampai ke malam hari; sekarang, gua terus berfikir. memang jarang gua berfikir se-serius ini. sedih atau kecewa gua tetap lenjan huhahuha. apa hipster kata? keep calm your tits. hipster ke kata? entah mana aku tahu. ka ka ka.

tapi ini hari tak. tak ada nak calm tits calm tits abah jiran kau.

gua, gadis tujuh belasan. gua, sedang menduduki SPM. 
dan gua, masih belum punya hala tuju. 
:)

tiada yang tidak benar. gua masih belum punya hala tuju. gua masih kabur. gua masih meraba. gua masih tak tahu mana gua nak redah sejurus habis SPM. gua sorok ketidaktentuan hala tuju gua. gua simpan dalam ketidaktentuan hala tuju gua kemas dalam hati. tak ada siapa tahu. 

tapi ini hari, hahaha. gua rasa macam wake up call. 3 orang bertanyakan tema yang sama.
mana hala tuju usai SPM?

entah. mana gua tahu. 

JK Rowling. Enid Blyton. tak ada background bahasa. dia pandai tulis cerita. orang faham. orang suka. dia ialah penulis. gua kena cari satu bidang kemahiran untuk gua hidup kemudian hari. abang adam kata. kemahiran sarkastik adalah perlu untuk tidak dipijak.

ada duit, cukup makan, ada baki sikit duit berjimba, settle. duit bukan tuhan kita. 

gua dah decide ke belum?

gila? mestilah belum. ingat beberapa perenggan cukup ke nak kasi gua pikir dalam. gua taknak gua menyesal salah pilih macam sekarang. sains bukan bidang gua. tapi tak apa. cuma doa gua untuk diri sendiri ialah gua berjaya dunia akhirat. cukuplah itu buat masa sekarang yang kabur. rileks. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------


oh. ini hari pertama kali gua pegang tengok, (belum baca lagi) zine D.I.Y. kiranya first zine yang gua ada. macam mejik doh. writer hantor sendiri depan rumah, lu hado? ka ka ka. gua dapat nasihat lagi. lu hado? ka ka ka. 


check out this zine here and grab one, follow @akuskizo on twider (twitter) and get the latest updates for ze new zine.

p/s : baru ini hari gua rasa macam mana feel Ali pegang zine dalam cerita KAMI. gua rasa underground gila doh. zihzihzih

Sunday, November 11, 2012

pandang bodoh.

susah betul nak bercakap dengan orang yang punya lain pandangan dan tak punya adab untuk menerima pandangan orang lain.

itu macam punya kes, gua selalu ambil keputusan untuk terus berdiam.

biarkan dia dan bodoh-bodohnya terus melantun. ka ka ka

Wednesday, October 3, 2012

Apunglah, ini ruang illusi.

minda ini terapung di ruang imaginasi-- tiada sempadan. 
tiada bersegi.
tiada bersimetri.
tiada batasan ruang. 
abstrak dan indah. 

ruang aku-- punya aku.


dunia di sini indah-- benar indah. 

penuh warna. biru. merah. kuning. 
ah, bilang saja apa warna. 
petik saja kata apa. 
pendek kata, ada semua.

di ruang dunia ini aku terapung--  terapung di ruang penuh warna, 

penuh ceria, 
penuh indah. 
kaki ini-- semakin lupa melangkah.

kerna ini-- ruang aku. aku bisa terapung. 

aku bebas.

wujudnya ruang itu cuma sementara-- beberapa menit, aku sadar-- jejak kakiku masih bertapak di bumi tuhan.


dan pabila aku,

kembali ke ruang realiti; 
tersadung jatuh-- aku sapu pasir di lutut. darah di lutut ku biar mengalir pedih. 
perjalanan, aku teruskan.
ku langgar redah--
semua onak.

ruang aku, aku tak mungkin tersadung-- kerna aku bisa terbang, terapung di ruang udara. 
hukum newton dipersetankan dalam ruang imaginasi aku.

*mind blockage*


................


...............


...............



aku mahu ruang imaginasi aku kekal-- sebagai realiti yang tidak puki.


Saturday, September 22, 2012

untuk demi rasa

demi rasa itu--
serendah tanah ego ku taruh.

bukan untuk 
dipijak.
diinjak. 

bukan untuk
dibuang.
dicampak. 


bukan untuk
dimain.
dipermainkan.

rasa itu bikin aku bodoh.
puki.

Tuesday, September 18, 2012

Kejar dan Langgar.

biarkan dia--
mengejar.
biarkan dia--
berlari.
biarkan dia--
berusaha.

biarkan dia--
mengejar;
yang melanggar halaju.
yang melanggar kemampuan badan.
lelah. sepit. sesak, semput.
lalu jatuh tersungkur.

biarkan dia--
berlari.
yang pantas.
yang laju.
yang kehadapan; tanpa menoleh kebelakang.
kasi langgar.
lalu tercampak.

biarkan dia--
berlari
terus dan lurus.
melanggar belok.
melanggar simpang.
melanggar pokok.
lalu jatuh--
tersungkur.
tercampak.
menyembam.

jangan sekali bangunkan dia.
biarkan.

Sunday, September 16, 2012

Orang Seremban Gila

Semalam, September 15; tatkala gua dan member gua; Shana habis tuisyen, kami menuju ke parkir motor untuk pulang ke rumah. Gua hangkut helmet. Gua nampak ada benda tak kena dengan "visor" helmet gua.

Lalu gua bersuara.

"Shana. Kenapa helmet aku ada berak burung?"
"Ah pulak. Mana datang berak burung? Alaah sikit je"
"Pundek punya burung. Berak dah hijau! Aku benci hijau totakk??" 

Tiba-tiba kedengaran satu suara tidak tahu mana sumber..

 "Kau buat apa sini bising-bising? Orang duduk sini nak senyap kau membising! Dah pergilah kau balik sana! Pergi, pergi!"

Gua menoleh, perasaan ingin tahu gerangan siapa bersuara menebal. Gua ternampak ada sorang pakcik duduk tepi tebing tak jauh dari kawasan kitorang parking motor. 

"ASJNDjsdcbhwrfhwrvemkltvhjnidcmkervghbiefrvcme,lrvhbtgbvhuedcmkevhbrvmks!!!" pakcik tersebut membebel dekat gua dengan member gua lagi. Gua tengok member gua dah menggelabah. Gua dah ready helmet nak menghempok kalau kalau dia berani nak approach gua dengan member gua. 

Gua tengok muka pakcik tu selamba hisap rokok. Hembus. Terus mengomel entah apa apa. 

Gua panas, lalu gua tonggeng motor. 

"This is not a quiet place for you to look for a peace and to shut my mouth up, orang gila! Bodoh, kau nak senyap pergi semajid, bukan duduk sini hisap rokok tunggu maut jemput dari langit!"

Gua pulak sambung gila. Hangin gua. Pundek.