Monday, April 23, 2012

Puisi Untuk Orang Seni

Satu kata, dia mula. Satu ayat, dia pecut laju. Kosong graviti, melayang kata. Satu nafas, aku ungkap bait bait. Terselit koma, satu perhentian menarik nafas.


Nafas usai ditarik dalam, aku bergerak terus. Terus, terus, terus, terus mengungkap. Makin aku sedar aku mula kabur, kabur dan makin kabur.


Aku mula mencari noktah. Mencari noktah untuk berhenti. Berhenti walau seketika, untuk aku lap minda, buang kerabunan minda, untuk terus meluncur laju dalam pembacaan-- puisi kamu.


Berhenti aku, bukan untuk seketika. Walau panjang lebar perjalanan puisi kamu, aku berhenti untuk beberapa tempoh yang kiranya tidak pendek. Pastinya satu, akan disambung selepas habis puas minda dibuang rabun.


Lalu aku berhenti, aku conteng puisi ini. sendiri. Percayalah, aku menulis kerana terinspirasi. Oleh kamu, si pemuisi. Untuk kamu, ini puisi. Ambil, buang jika tidak sudi. Sekian sahaja, aku berhenti. Lagi sekali.


Puisi ini, untuk orang seni, yang menjadi, pencetus inspirasi.