Friday, April 18, 2014

mak



katakan tiap satu sebab aku belajar untuk dia-
aku mohon agar tuhan bimbing, permudah dan kuatkan aku untuk kekal belajar, kerna ketika ini aku dalam terperosok dalam putus daya usaha.
tuhan, tolong aku. aku mohon.

Saturday, April 12, 2014

sahabat, ini perihal sakit

semenjak jatuh sakit, ada perkara-perkara membataskan aku untuk menghadap. aku mulai rindu nak menghadap. aku melewati waktu-waktu, namun masih tuhan itu maha penuh dengan sifat ar-rahim, menyembuh aku sedikit demi sedikit. tiap kali keterlewatan aku bangun, aku kira-kira entah beberapa kali mungkin malaikat maut menjenguk, namun dengan izin tuhan, masih mampu bernafas dan melewati waktu-waktu itu seperti biasa dalam keadaan sakit ini. berapa pula orang yang dicabut ruhnya secara kekal ketika tidur?
:)

sahabat- sakit itu membawa dua; sama ada mendekat, atau menjauh. seusahalah yang boleh pada takat yang termampu, andaikan pada waktu sihat tak terbuat, buatlah saat ini. mendekatlah, kerna aku yakin tuhan itu memberi ujian atas dasar kasih dan rindu yang setimpal-- kerna cuma pada waktu sakit, waktu susah; kebergantungan kita 100% pada tuhan. kenang sahaja pada waktu waktu kesakitan yang paling, apalah nama yang nama kita rintihkan?
tuhan, aku sakit.
tuhan, kuatkanlah aku.
tuhan-- tuhan-- tuhan--

sebulat diri-- kita berserah untuk penyembuhan dari tuhan.

sahabat, kita ini merintih-merajuk apa bila ditinggalkan berseorangan tanpa sokongan siapa-siapa, tuhan itu andai merintih-merajuk atas segala silap salah lalai-- apalah ada pada kita sekarang ini?

((jeda))

aku masih rindu.

perihal jatuh

aduhai, betapa sakitnya jatuh ini--
sehinggakan aku berkira-kira;
apa perlu aku bangkit dan terus berlari?
atau
apa perlu aku duduk dan mengenang kejatuhan ini--
agar tiada jatuhan kedua untukku?
kerna sesungguhnya aku takut untuk jatuh.



Tuesday, April 8, 2014

kepada sahabat yang bermuram durja

kesayangan aku sedang bersedih. disebabkan kejadian yang telah berlaku tak lama dulu, berkemungkinan-- mungkin juga kepercayaan beliau untuk aku terus berada di sisinya sedikit terluntur walaupun hubungan persahabatan kami seperti sediakala. 

mungkin salah aku terlalu menjaga hati semua pihak sampaikan terabai hati yang sepatutnya aku jaga. konteks ini pada semua, bila aku terlalu menjaga hati rakan; sehingga tersinggung hati keluarga, bila aku terlalu menjaga hati rakan; sehingga tersinggung hati sahabat, bila aku terlalu menjaga hati strangers; sehingga tersinggung hati rakan.

kebiasaan aku, seperti itulah. 
(((senyap)))

pada ketika ini jika sebisanya aku melakukan perkara-perkara yang boleh bikin kamu gembira yang paling- maka izinkan, beri peluang ke aku; sekaligus menebus silap aku yang lepas pada kamu. 

jika tulisan mampu menzahirkan rasa sayang aku pada kamu, maka tiada berakhir cerita itu. mungkin atas dasar kekurangan komunikasi aku sama keluarga bikin rasa sayang aku sama kamu tak terbendung; kerna selain tuhan, tiap satu cerita aku tidak akan ada siapa yang lebih memahami kecuali kamu. terima kasih untuk tiap waktu terluang untuk aku, terima kasih untuk kesabaran kamu. 

semoga kesedihan kamu berakhir dengan akhiran yang menggembirakan- dan tetapkan kembali keyakinan kamu; bahwa aku sentiasa berada di sisi kamu. tenanglah, yakinlah. tuhan itu sebaik-baik perancang.