Thursday, January 31, 2013

tetris vs nintendo wii


ini permainan. permainan, baru suku-suam. aku bagi contoh, tetris
baik. 

game on. kau main. level ke 15, game berhenti tiba-tiba tanpa sebab. kau menyirap, risau. apasal berhenti tiba-tiba? 

hari keesokan, benda yang sama jadi. hari esok-punya-esok, benda sama jadi. hari esok-punya-esok-punya esok, pun sama. kau bengang. kau sedih. kau putus harapan. 

lalu kau pun mengumpul sedaya upaya, berperah keringat untuk membeli sebuah nintendo wii yang berkali ganda ngam, berbanding tetris hitam-putih yang harga RM7.60 cuma. 

nintendo wii seronok bukan main. seronoknya kau main nintendo wii baru beli. itu hasil berperah keringat, bersusah payah atas usaha sendiri.

eh? apalah khabar si-tetris
kau tengok si tetris. tiba-tiba menyala tanpa rasa bersalah. 

jadi sekarang, apa masih kau mahu main  bila dah ada nintendo wii
kalau tidak. baguslah.
kalau iya, apa masih sama feelingnya macam kau main tetris bila masa nintendo wii belum ada? 

tak sama. hambar.

Monday, January 28, 2013

apa benar, main-main?





kau tahu, bila benda yang aku rasa main-main.... *mengeluh*

... dan tiba-tiba aku rasa semacam ada sekelumit rasa dalam hati. walaupun sikit, tak kisahlah.

cumanya, bilamana aku dah ditinggalkan atas sebab yang tak obvious buat aku curious untuk 2-3 hari ini, aku jadi frust.

obvious, curious, frust. shit, what a good rhyme. 


....sebab 2-3 hari kau buat aku asyik memikir benda yang pada kira aku tak penting. sememangnya tak penting pun. aku cuma fikirkan apa punca kau tiba-tiba dia menghilang tak ada khabar.
apa masih kau bernafas atau tidak. apa masih valid tiket so called "aku gf kau". apa masih ada top-up dua ringgit yang aku kongsikan. apa masih ada sisa rasa "suka" kau pada aku.

..atau sememangnya benar aku merobek hati kau dengan lima teks benda yang aku suka? peliklah. katanya soalan pulang semula.

dan apa benar aku cuma memikir benda yang tak penting?

biarkanlah. aku bakalan menginjak ke usia lapan belas. aku cuma mahukan sesuatu yang serius. bukan sesuatu rasa yang cuma terapung di dimensi yang entahlah-aku-tidak-tahu-penghujungnya-dimana.

--------------------------------------------------------------------------------

apa benar perlu aku tahu sebab ditinggalkan? ini kes, aku rasa tak perlu. kata orang, kebenaran itu menyakitkan. aku tak mahu disakiti dan menyakiti. biarkan aku gembira; tanpa tahu sebab. keputusan yang bikin aku gembira , aku pilih ini. biarkanlah. sedikit gundah masih boleh dijentik dengan berjuta kegembiraan aku bersama rakan yang selalu setia. biarkanlah.

biarkanlah sekelumit gundah ini terbang dibawa angin kesana, moga-moga kau turut merasa apa yang aku rasa.

..cumanya gundah bukan untuk aku. sekelumit gundah rasa aku, berganda gundah kepada kau untuk sesuatu yang lebih real kepada kau. biar kau merasa.

biarkanlah.
qada' dan qadar ambil tempat. aku bosan pada karma. terlalu mainstream. ha ha ha

-----------------------------------------------------------------------------------
*mengeluh*

aku lapan belas, aku cuba serius soal rasa hati. 

Wednesday, January 23, 2013

tolong, hati!

benar pesan sang sahabat. 
bila bicara tentang hati dan perasaan--
bukan barang main. 
bukan suka-suka. 
 
bukan bahan jenaka.


tak kelakar langsung.


nah, rasalah--
tertepek depan muka sendiri.
main-main katanya.
kiranya ini hari keenam.
baru dan segar masih.

tapi--
aku mulai gian.
dalam gian,

aku mulai takut--
aku takut untuk terjatuh.

aku masih--

butuhkan lantai, 
butuhkan apa sahaja yang bisa menampung aku;
bila bila masa aku rebah.

sekurangnya aku mendarat di tempat yang nyata. 

bukan terapung di dimensi yang tak diketahui dek rasa yang barusan terjaga dari mati. 

hati-- 

aku mohon,
pergilah mati semula.
bangkit bila satu hari nanti jodoh yang benar datang dihadapan mata aku. tolonglah. 

tolong. aku merayu.