Sunday, May 6, 2012

Layla Nak Cendol

"Pehh panas siot petang ni, lecak ketiak aku..!" gumam Layla sendirian. Petang itu cuaca terik, langit kelihatan biru tanpa sebarang tompokan awan. Burung-burung juga tidak kelihatan di langit, cuma seekor dua yang gigih mengepak sayap untuk mencari rezeki anak-anak di sarang. Layla mengecilkan matanya kerana silau akan cahaya matahari yang terlampau terik. Petang itu, dia pulang sendirian dari sekolah. Dua lagi sahabatnya Ana dan Izah pulang awal kerana mereka punya hal lain untuk diselesaikan. Layla mengipas-ngipas diri dengan tudung sekolahnya. "Fuhhh~! Ini kalau dapat cendol Mak Minah kat simpang nun best ni. Lama tak makan cendol. Nyumm. Pergi kejap la, kempunan karang masuk bawah lori pulak."

Layla gagah melangkah untuk sampai ke simpang yang terletak agak jauh dari sekolah. Dahinya disangkut beg sekolah, gaya tipikal pelajar sekolah yang keletihan. Tangannya tak henti-henti mengipas. Dia mengambil keputusan untuk mengambil jalan pintas ke simpang untuk membeli cendol. Terkenal benar jalan itu dengan kegiatan gelapnya. Di situlah terdapatnya kes-kes rogol, pelacuran, tempat gelandangan yang hisap dadah dan segala macam kegiatan negatif. Orang setempat menggelar jalan itu sebagai jalan hitam. 

"Ah aku tak peduli. Aku nak makan cendol", hatinya keras berkata saat dia melihat seorang lelaki melihat dia dengan cara yang mencurigakan. Pandangan lelaki itu mematikan langkahnya buat seketika, namun selepas itu dia mula mengatur langkahnya mara ke hadapan tanpa menghiraukan lelaki itu. "Adik, adik, meh sini kejap abang nak tanya" lelaki itu mula bersuara. Layla buat tidak peduli. "Woi! Sombong! Jaga kau! 

"DUBB!" satu objek keras singgah dibelakang bahu Layla. Pandangannya gelap, lalu tumbang disitu. Dia kemudiannya diseret masuk kedalam sebuah kereta. "Itulah, kau sombong sangat, aku mintak cara baik kau buat tak tahu. Sekarang, kau rasalah..! He he he.." 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Layla tersedar dari pengsannya. Dia melihat sekeliling. Kemas, teratur. Dindingnya dicatkan dengan warna merah dan hitam. Katil tempat pembaringannya pun empuk. Tiba-tiba darahnya berderau apabila terlihat sebuat potret yang terletak di kepala katilnya. Potret itu memaparkan gambar lelaki itu itu tersenyum dengan mulutnya comot dengan darah dan sisa sesuatu. Manakala di tangannya memegang satu kepala wanita yang terjegil matanya, lidahnya terjulur keluar. Kepalanya rompong pada bahagian dahi keatas, otaknya tiada. Air matanya mengalir, Layla menjerit. 

Tiba-tiba lelaki yang menculiknya sebentar tadi keluar dari bilik air dengan memakai boxer sahaja."Eh, sayang dah terjaga? Abang tunggu sayang sedar, kita sama-sama nikmatinya, sayang. Hehehe"

Layla berdiri. "Woi! Lepaskan aku sial! Kau nak apa daripada aku ha jahanam!" jerit Layla. 

"Aku mahu engkau!" Lelaki itu berang, lalu menarik tudung Layla sehingga tercabut. Layla terjatuh di lantai. Lelaki itu tersenyum buas, dia mengenggam kedua-dua pergelangan tangan Layla.

Lelaki itu merapatkan mukanya kewajah Layla, Layla mengelak. "Sayang tak pernah rasa, kan? Ini hari abang kasi rasa. Sedap tau.." Lelaki itu kembali melepaskan genggaman pergelangan tangan Layla. Lelaki itu melucutkan boxernya. Bulat, telanjang bulat.

Layla menyirap. "BABI! SIAL!!!" jerit Layla. Seolah-olah punya kuasa luar merasuk Layla, Layla bangkit dari duduknya, lantas mengumpul kuasa dalam masa miliseken dan jurus menendang penis lelaki itu. Lelaki itu mengerang lalu terjelepuk ke lantai sambil mengenggam penisnya. Senak. 

Dia teringat akan pesan guru Biologinya, kata gurunya, itu adalah kawasan paling sensitif bagi lelaki. Terbukti benarnya, lelaki itu sambil tidak bangkit dari jatuhnya. Layla seolah-olah hilang kawalan. Dia mara menghadap lelaki yang terbaring itu. Sambil tersenyum sinis, dia menendang lelaki itu sekuat-kuat hatinya. "Arkk, arkkk!" Lelaki itu mengerang. Dia memijak mijak pula perut, dada dan muka lelaki itu sekuat hatinya. Seolah-olah tidak akan ada penatnya. Terkencing-kencing lelaki itu akibat kesakitan, sikitpun tidak daya melawan. 

"Puii! Celaka! Habis kasut aku hancing!!!! BABI!!!  Layla memijak-mijak penis lelaki itu. 

"Tolong! Tolong! Aku mintak maaf, aku tak buat dah! Janji!" Layla tidak mempedulikan rayuan gombal lelaki itu. Layla bertinggung, seraya mencakup rambut lelaki itu.

"Mintak maaf? Maaf hotak kau!" Kepala lelaki itu ditarik dan diseret ke tempat yang dia terkencing sebentar tadi. Layla 'memarut-marut' muka lelaki itu di atas lantai yang basah dengan urinnya.

"Arghh!! Cukup! Cukup! Lelaki itu cuba bangun dan merentap baju Layla sehingga terkoyak bahagian lengannya. Terserlah lengannya yang putih dan gebu itu. Layla berang, lalu menggapai sebuah vas yang terletak diatas meja.

"Pranggg!" vas itu pecah setelah hinggap kepala lelaki itu. Lelaki itu tumbang, kelatihan, tidak bermaya. Layla menjerit-jerit, hilang kawalan. Dia mengambil serpihan vas itu, lalu bertinggung diatas perut lelaki itu. Mata lelaki itu dibuka seluas luasnya dengan jari runcingnya.

"Nikmatinya sayang..!" Sapppp! Mata kiri lelaki itu dicucuk dengan serpihan vas itu.

Arghhhhhhhh!!!! Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang bahagian vas yang berserpih di mata kirinya. Darah memancut mancut. Layla menggila. Darah yang banyak itu menyebabkan Layla seperti tidak keruan. Layla mendekatkan mukanya kearah lelaki tersebut, menjilat darah yang memancut dari mata lelaki itu. Hmm. Manis. Dia masih perlukan lebih. Dia mencari sesuatu di dalam laci bilik itu. Dia terjumpa akan pisau pemotong kertas.  

"Sreett, sreeett, sreettt" Layla menggerakkan ke atas kebawah pengunci pisau itu. Lelaki itu sudah tak bermaya.

"Darah penjahahat macam kau sedap, aku perlukan lebih. He he he"

CAKKK! Pisau itu ditikam di batang trakea leher lelaki itu. Darah tersembur sejauh 8 meter, lelaki itu menggelupur seperti ikan yang lemas.

"Khakkkk, khakkk, khhhhhhh" lelaki itu cuba bersuara. Darah menyembur di merata tempat. Layla mengilai. Ketawa sepuas-puasnya. Sedikit darah lelaki itu disisipkan di lidahnya.

"Puikk. Darah batang leher kau pahit!" jerit Layla. Layla meludah darah yang disisipnya tadi ke muka lelaki itu. Lelaki itu sudah tidak bermaya untuk menunjukkan sebarang reaksi. Layla tunduk, mencabut pisau yang tertusuk di leher lelaki itu. Payah benar hendak keluar, tersekat. Lelaki itu mengerang.

Layla memegang pisau itu dan berbaring di sebelah lelaki itu.

"Aku dah cakap balik sekolah tadi, aku nak makan cendol. Kenapa kau halang? Sekarang, siapa susah? Kau separuh mati. Aku tak dapat cendol aku. SEKARANG SUDAH PETANG!!"

"Akhhh, akhhhhh..." Lelaki itu mengerang, matanya mengalir air mata. Hiba hati Layla melihat lelaki itu. Layla menangis teresak-esak seperti anak kecil. Tiba-tiba tangisannya berhenti.

"Ahhh tak patut aku tangiskan orang macam engkau!" Cakkkk cakkkk cakkk! Kulit lelaki itu dikelar-kelar. Darah memancut.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Layla ketawa.

Maka berakhirlah riwayat lelaki itu. Matilah dia ditangan Layla yang lapar akan cendol. Wakaka