Tuesday, December 6, 2016

Monday, December 5, 2016

sekejap

"kegembiraan memang diciptakan untuk singgah sekejap"

tak terfikir apa perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan kata² atas sana.

kalau aku terima bulat²-- seolah² hidup kita diciptakan untuk bermuram durja sentiasa.

kalau nak ditentang pula-- ia benar. kegembiraan sememangnya datang menyinggah.

mungkin juga gembira itu tidak menetap terus supaya kita beringat².

hadir tak terjemput. pergi tak terhalang.

kenapa susah sangat nak jaga hubungan dengan tuhan?

Saturday, December 3, 2016

at

bercanggah pendapat bukan sepatutnya menjadi asbab kita bertegang urat, wahai muslimat.

Monday, November 28, 2016

Friday, October 28, 2016

apologi

entah pada siapa aku perlu meminta maaf atas ketidakpercayaan aku pada perkahwinan. 

Sunday, May 22, 2016

tulis?

dulu, tiap kali aku menulis kebiasaannya tak lain dan tak bukan berkenaan dengan kejatuhan, kekecewaan dan kesedihan. jarang-jarang sekali aku bercerita mengenai perkara-perkara yang gembira. ada, mungkin. tapi jarang. menulis pada aku adalah waktu intim kau bersendirian bersama perkara-perkara yang tak terluahkan dalam hati. dan kebiasaannya aku menulis pada waktu yang senggang (senggang maksud aku, sangat senggang)
tapi sekarang aku banyak habiskan masa di laman-laman sosial yang aku kira aku tak perlu menggunakan bahasa yang berbunga untuk satu-satu maklumat/luahan. atau aku masih belum mahir menyingkatkan sesuatu perkara kepada 140 karakter. jadi otak aku makin bengap. leka, dan entah apa-apalah.
aku dah malu nak menulis macam dulu-dulu. orang kata, kita makin lama makin berkembang dan progressing. aku rasa makin lama aku makin haramjadah. aku dah tak boleh menulis lagi dah. kawan aku kata, aku dah hilang muse.
nak tahu apa yang lagi sedih?
aku kini melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, di sebuah universiti tempatan dan mengambil program penulisan kreatif.

ah, ironinya kehidupan!