Tuesday, April 30, 2013

not biru firus

empat helaian terakhir not biru firus yang di hulurkan ke aku itu adalah yang not terakhir dari dompetnya.
itu cukup membunuh hati aku untuk aku memikir berapa lama kebun harus di redah, berapa beban perlu dipikul untuk mencari nafkah untuk kami dua keluarga. 

tak ada silapnya ayah pada aku. 

terima kasih ayah.  

Tuesday, April 23, 2013

lupa

menginjak; satu, satu, satu; hari ke hari--
semakin aku terlupa wujudnya bumi untuk aku mencecah kaki.
semakin aku terlupa wujudnya matahari menerangi bumi.
semakin aku terlupa wujudnya bulan menemani malam sepi.

duhai diri--
jangan begini. 

Monday, April 22, 2013

timbang dacing

diri, apa buktinya aku ini adil--
bilamana aku lancarkan berjuta peluru persoalan kepada sendiri; daripada minda sendiri--
mengimbas jangka tanggapan orang--
mengimbas jangka tanggapan orang--
mengimbas jangka tanggapan orang--

sebelum berdiri tegak di hadapan seluruh mata orang.

sedar atau tidak--
yang menetap tanggap diri baik-jahat aku,
yang menetap tanggap diri buruk-cantik aku,
yang menetap tanggap diri sopan-biadap aku,
cumalah aku sendiri.

cumalah diri sendiri.
diri-sendiri.

Friday, April 19, 2013

ayuh, hadap realiti







"apa sanggup kau tanggung aku?"
"apa sanggup kau jaga aku di hari tua kelak?"
"apa kau terima aku seadanya?"

bertubi tubi soalan terpacul di mulutnya. wajahnya kabur tak kelihatan, baju putihnya carik, nada suaranya jerih, jalannya tempang, lalu aku ampu lengannya dibahu aku.

"aku tak nampak mengapa untuk aku katakan tidak." bilang aku memeluk tangannya sambil memandang tingkap yang berlubang, lalu aku mengalihkan pandangan ke lantai. dada terasa sesak diluru berjuta emosi.

berdua kami keluar melalui lubang tingkap, keluar sahaja kami dari tingkap, kami berada di pertengahan dasar semacam kolam, yang mana kami terpaksa berenang keluar.

"aku tak pandai berenang." bilang aku.
"pegang, ikut aku. percaya aku"

aku turuti.

usai kami bersusah payah keluar dari dasar kolam, kami di sebuah rumah.

kali ini hati aku benar terasa sebak. dia duduk bersandar tak berbaju melepas lelah di atas kerusi, lalu aku menerpa dengan sebuah pelukan. terasa kulit pipi aku ke dadanya. sejuk. mencurah-curah air mata keluar.

kepalaku diusap, air mataku diseka.

"kita kahwin," terakhir dari katanya.

-----------------------------------------------------------------------------

terjaga aku dari tidur.
mimpi yang emosi.
senyum, walaupun pahit.
bangkit. kembali aku menghadap realiti.

Wednesday, April 17, 2013

sebelas ringgit lima puluh sen

pada suatu hari itu, baru baru ini, aku, dan dua yang lain keluar bersarapan pagi di sebuah restoran yahudi ternama, dan  RM 11.50 telah aku sumbangkan sebagai dana kepada yahudi laknat untuk mengebom saudara mara aku di gaza sana.

.
.
.
.
.

Saturday, April 13, 2013

manis

aku tak perlu bicara semanis pati gula tebu. cukup sekadar suatu petang itu lekuk lesung pipi kamu dan dua batang lollipop berwarna pelangi yang bertangkai kayu dan beriben merah hati untuk aku, dan biru gelap untuk kamu menemani kita di tepian bukit nan menghijau rumputnya.
itu sudah cukup manis buat aku.

hidup kita obesiti. mati kita diebetes. together forever.

Thursday, April 11, 2013

lesen

jadi.. sepatutnya diwarwarkan itu hari. tak sempatlah kiranya. berkabung di kegelapan dek kesedihan. tak ada apa yang gembira untuk diwarwarkan, cuma sedih yang boleh di bawa ketawa. kelakar. haahaha

cuak, kaget, gelabah; oh dalam tenang tenang aku, rasanya ini kali pertama aku mula kesan masih ada saki baki darah gemuruh mengalir dalam darah O negatif aku. lepas satu, satu gula gula getah aku kunyah. kononnya nak hilangkan rasa gabra. gelabah yang ini menang, lagi menang dari gelabah SPM beberapa bulan lepas. ceh!

ujian pertama, mendaki bukit. percubaan pertama tak masuk garisan kuning. shit! moral aku merudum jatuh empat belas kaki dalam rasanya. undur semula ke permulaan.

percubaan kedua, masuk ke garisan kuning. pandang ke muka JPJ, angkat tangan dan senyum dalam hati. selesai, masa untuk aku menurun. waktu itu bila aku berpaling muka ke handbrake.

CELAKA KHINZIR BERBULU LEBAT!

ini dia.


lalu aku pun gagal untuk ujian litar. aku cuma senyum sendiri. senyum tapi dada berombak, rasa nak menangis. wah '"fragile" sungguh emosi sejak dua tiga hari. stress sungguh ye nak ambik ujian? haaahaahahaha

ujian ke dua, ujian di jalan raya.



gagal. kandas. 

ujian seterusnya 2 mei. sekian. haaaahahaha

Wednesday, April 3, 2013

celaka betul

dipendek cerita, esok kelas terakhir untuk aku belajar memandu, sebelum JPJ, april 4, khamis ini.

aku tertekan. 
aku gelabah. 
aku serabut. 

banyak benda aku tak mahir. 
masa suntuk.
apa lagi bila ditambah dengan april fool celaka dari ex, barusan. 

babi.
celaka betul.

dek jarak yang memisahkan--
dari rasa amarah,
juga rasa hinggapan tamparan hebat ke pipi dan berlalu pergi sambil menangis; terpaksa didiam pendamkan.

jangan cuba mengejar dari belakang.
aku tak makan pujuk

i need shana right now. i really miss her so much.

Tuesday, April 2, 2013

judgemental dalam diam


ini hari malamnya aku tidur, walaupun cuma sebentar. kononnya niat nak dihabiskan cerita the amazing world of gumball tidak tertunai dek terlelap di atas lantai dingin ditengah-tengah seronok ketawa. kurang lebih, jam 2230 aku ketiduran dalam keadaan letih, penat, kejang kaki, sengal otot, dan berdosa.

terjaga aku semula tepat pada pukul 0057. rutin biasa, tercelik mata lalu menyemak notifikasi telefon bimbit, kalau kalau tersesat satu dua panggilan atau pesanan ringkas. oh, ini malam ada satu.


"hoi"

"huui"

"huii hui"

"hai hei hoi! tido ke?"

"hello, belum tido lagi ni. bole saya bantu?"

"bantu? pakcik mahu bantu saya dari segi apakah pakcik?"

"bantu dari berbagai segi"

"al contohnya?"

"contohnya bole guna pelbagai segi kecuali bulat hehe"

"kalau macam itu aku nak tiga segi! fefeeling poseur hipster gicew. yeah man"

"kalau macam tu kau bole cari pintu yang ada tertulis 'keluar'."

"haahahaha siot! menghalau eh. k aku keluar. cis"

"aku cuma kata kau nampak ke tidak, bukan halau.."

"bukan bertujuan ke tanda keluar tu? kehkeh"

"orang memang cepat membuat tanggapan walaupun taktau jawapan dia"

"aduh. makan dalam siot."

heh. dia bagus. aku terkena. ini salah satu sebab seronoknya aku rasa berkawan dengan orang yang jarak umurnya jauh lagi tua. bijak menjerat hingusan seperti aku. haahaha

sejujurnya kebanyakan rakan-rakan aku yang berjantina lelaki cuma dari laman sosial, bukan realiti. realitinya aku cuma dikelilingi gadis gadis cantik merangkap gundik (eh?).. sahabat baik aku. kebanyakan sahabat berjantina lelaki aku bukanlah dari umur sebaya aku. jarak umur kami antara 3 ke 13 tahun. tak ada masalah. aku suka.

i love to talk with someone who is way much older than me, especially guys. it's not like, yo dawg you're such a pervert, no.

if you're assuming, then you're wrong.

:)


Monday, April 1, 2013

kelabu dan putih

lewat jaga aku pada hari yang semalam, aku rasa terasing dalam dunia imaginasi aku sendiri. tiap satu watak-watak sampingan rekaan aku sendiri tidak menyambut baik kedatangan aku di dunia itu, tidak seceria selalu; tidak seperti biasa aku disambut baik dengan limpahan cahaya warna-warni matahari yang memancarkan sinarnya yang berwarna tujuh, hujan coklat dan gula-gula dari awan meringue biru firus di dada langit merah jambu cair, bau udara yang seharum vanilla, pokok yang berbuahkan kek cawan, air terjun coklat dan pepohone kecil marshmellow dan para watak yang senyumnya semanis gula-gula kapas.

tetapi hadirnya aku semalam di muka pintu imaginasi itu, yang aku dengar keluhan sedih.
masuknya aku semalam di dunia itu, yang aku lihat cuma dunia kelam tanpa warna; cuma kelabu dan putih.

aku ketawa kecil.
aku ketawa dalam kecewa.
aku ketawa dalam sedih.

diam.

beberapa langkah aku berjalan, kini aku bersendirian di sebatang sungai limpahan yang dahulunya mengalir coklat menjadi tempat kegemaran aku bergelak tawa bersama sahabat kini menjadi sebatang sungai coklat basi.
masam.
tengik.
busuk.

aku senyum dalam duka.
sepenuh hati kecewa, aku beredar ke pintu keluar.
menghadap lagi realiti yang celaka.

sial.
aku bosan.