Saturday, December 22, 2012

mayan doomsday 211212







2 hari sudah aku tidur malam. itupun di rumah mak ngah. bertemankan sepupu. tiada internet untuk dibawa berjaga ke pagi. cuma tilam empuk, bilik luas berdinding hijau epal, kipas berlevel 3. tak lupa bantal busuk dan selimut kesayangan dari rumah. selesa betul. baru terasa nikmat tidur malam setelah beberapa minggu malam aku tidak peruntukkan untuk tidur.

hari ke 3, tidur di rumah. terlajak subuh. jahanam.

hari ke 4, kembali semula sifat nocturnal aku. sepatutnya aku terjaga untuk ke membuang urin dari pundi kencing pada waktu ini untuk tiga hari yang malamnya aku tidur. nampaknya tidak untuk hari ke 4. rancak lagi jari menari pada lantai keyboard. mata mengantuk, otak memaksa tidak-- jangan tidur. mungkin kesan dari white coffee coolblog yang aku minum petang semalam, buat otak aku jadi rebel. jangan minum white coffee coolblog, dia kuat melawan.

siang semalam aku dan shana melepak untuk kesekian kalinya. lama betul tak jumpa dia. apa reaksi dia? muka dia teruja nauzubillah. katanya "laamaaanyaaa tak jumpaaaaa!" aku nampak reaksi dia. aku sengih. hati tersentuh jugak, tapi aku diamkan. "ha'ah laa lama tak jumpa, rindu kau". nada aku cuma bersahaja, terbisik jugak rasa segan nak sebut rindu. kenapa? sebab dah terlampau rapat. ada kau nak bagitahu kawan baik yang sesama mencarut dan mengarut yang kau rindu dia? aku tak.
jalan jalan kami di terminal penuh dengan bualan kosong tak bertopik. dari rambut indo nenas, smartphone dan lain lain. aku semacam ada rasa sikit awkward tadi. tak tahulah kalau kalau dah lama tak jumpa jadi sebabnya. tapi. aku act cool. 

kami kawan baik. kami bukan hipster berjeans ketat. hijabster belen jauh sekali.
kami cuma kawan baik yang punya sama keputusan PMR 2010 dan sama sama survive untuk dua tahun yang celaka dalam aliran sains di sekolah. kami okay, kami baik. kami cuma baik. baik. okay.


apa tadi? lari pulak topik. doomsday? heh. go home mayan, you're fucking drunk. go into your hut and smoke weed. 





so, for some of us who do silly things to prepare for doomsday, i'm sorry bro, not this time. keep calm and wait. 



Sunday, December 16, 2012

nocturnal

usai sijil pelajaran malaysia beberapa minggu lepas, aku adalah seorang nocturnal. hidup aku cuma di malam hari. teman aku cuma buku, internet dan imaginasi. gelap dan sunyi malam bikin aku semakin ketagih akan ketenangannya dari hari ke hari. tambahan, privasi aku tidak diganggu gugat oleh sesiapa. cuma aku. aku dan kalau adik tak tidur, adik. bulan dan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit seolah olah turut sama menemani  aku dan dua belas jam yang gelap itu. 

cuma pada satu hari, bertemankan secawan nescafe-- saat aku menerobos ke dada langit untuk menodai keindahan malamnya, aku mulai rasa pemandangan aku cuma biasa biasa sahaja. tak lari dari biasa. bulan. gugusan bintang, berlatarbelakangkan muzik cengkerik menyanyi nan merdu. 

pada hari itu, aku mahukan ini--




aurora.


Monday, December 10, 2012

lompong





andai bisa aku korek sedalam jumlah kaki yang infiniti ke dalam perut bumi dan cari perkataan yang boleh aku susun cantik untuk dijadikan waima sepotong ayat untuk orang lain faham, maka itu adalah satu kejayaan yang teramat besar buat aku.

tolong usirkan rasa lompong itu. ianya bikin aku serabut.


Saturday, December 8, 2012

mimpi dalam mimpi, Al Fatihah

gua capai telefon bimbit gua sebelah bantal. terbuka mata pada 0510. ada satu panggilan terlepas, dari Kiki. gua biarkan. gua sambung tidur.

.....

*lokasi : semacam ada kenduri kesyukuran rumah makngah, di Panchor, mungkin kenduri arwah.

gua ternampak ada orang yang aku dah lama tak jumpa, dan aku rindu gila dalam kenduri tu. aku nampak arwah makteh. dia pakai tudung hitam. baju kurung pink. aku pandang kiri, aku pandang kanan. aku kira, tiada yang melihat selain aku seorang. terus aku meluru ke arah dia. aku peluk. sedih.

aku : mak teh macam mana makteh ada dekat sini? akak rindu makteh
mak teh : *senyum* kalau rindu buat apa?
aku : akak sedekah al-fatihah.
mak teh : bila nak sedekah yassin?

dia terus melangkah keluar. aku ikut. dia berhenti di sebelah kereta mercedes hijau lama kepunyaan pakngah. lantas aku peluk dia lagi, erat. aku  rindu. benar aku rindu. aku rindu orang yang tiap hari hantar aku pergi sekolah naik motor waktu darjah satu. 

aku : makteh nak pergi mana?

dia sekadar senyum dan berlalu. aku ikut. sampai di satu lereng bukit. dia berpaling ke arah aku, lalu senyum.
.. dan hilang di balik pancaran suria pagi. 

--------------------------------------------------------------------------------------

terjaga. 

*lokasi : rumah uwan
situasinya aku merotan beberapa orang budak. budak? sahabat aku di sekolah rendah. ada Amir. ada Nazirul. ada Kamarul da berapa yang lain, aku tak ingat, dan tak mahu.


--------------------------------------------------------------------------------------

terjaga, 0635

aku terus duduk, dan terus ke bilik air. usai solat. aku keluar bilik untuk khabarkan ke emak.

aku : mak, orang mimpi makteh. 
mak : dia bercakap tak?
aku : ada
mak : dia cakap apa?
aku : orang cakap orang rindu dia, lepas tu dia tanya, "kalau rindu buat apa?" orang jawab orang baca Al-Fatihah. *terdiam, air mata mula menitik* ... dia tanya orang, bila nak baca Yassin. 
mak : itulahhhhh den dah cakap, leko yo. 

aku terus capai laptop dengan hati sebak, cuma untuk taip post ini. ikhlas, jujur dari hati, ini adalah mimpi aku. kenapa aku boleh ingat mimpi aku? aku taktahu. sangat taktahu. cuma aku pasti, ini adalah jujur dari hati aku tentang mimpi malam tadi. aku sebak, sumpah. tak keterlaluan kalau aku cakap berberapa perenggan pertama aku melelehkan air mata. aku memang teringat sebijik sebijik apa yang berlaku antara aku & makteh dalam mimpi. reaksinya, senyumnya. ya Allah, aku cuma terlalu rindu. 

Al-Fatihah untuk Arwah Mak Teh. akak rindu.
Tuhan, cucurkan rahmatMu pada dia. tenangkan jiwanya di sana. 

Monday, December 3, 2012

dol, mana DIA?




dol,
gua rasa nak tumbuk dinding.
tapi nanti tangan gua yang gebu halus mulus; sakit.

gua rasa nak hentak kepala dekat dinding. 
tapi nanti kepala gua pecah berderai; mati.

gua rasa duduk dalam tandas lama-lama.
tapi nanti mak kata gua gila; sentap.

gua rasa gua nak menangis,
tapi nanti gua rasa macam entah apa apa; bodoh.

kalau gua buat semua yang gua rasa; gua tulis atas sana, 
gua cari satu benda sebenarnya. 
idea. 
----------------------------------------------------------------------------------------

ini dah naik hari ke 7,
otak gua blank.
tak ada idea-- langsung.
tak ada skill-- langsung.

p/s : babi, mana lu pergi.