Monday, November 2, 2015

andai separuh nyawa aku direntap-sentak-tarik untuk ke titik paling hujung gemilang dunia, separuh bulat tepat nyawa aku, dituding-tunjukkan ke situ. 
yakin.
jika tuhan itu memberkati, segalanya pasti.

Saturday, October 31, 2015

curi

kalau aku pandai mencuri- cuma ada dua benda sahaja aku mau

senyum kamu





























dan kamu

Saturday, October 10, 2015

perihal mata-hari dan masa

sebentar tadi aku dan dua sahabat pergi membeli makanan untuk mengalas perut. perjalanan pulang kami diiringi mata merah di horizon.

"tengok sana, cantik gila! ada kamera tak?"
"tak bawak henpon turun cah, sorry"
"bateri dah mampos"
"alah sayangnya, terkilan pulak tak bawak hempon"

kami teruskan berjalan. dalam seketika, kami bertiga yang masih tidak berhenti takjub akan keindahan mata itu berhenti seketika menikmati sesosok mata merah jingga itu. '

"weh, kenapa cepat sangat dah sampai aras pokok tu?"
"eh ha-ah lah. meh tengok sekejap"

percaya atau tidak kurang dari 5 minit kami memerhati mata itu, dia terus tenggelam dalam perut ibu bumi, lalu tembus ke luar- tempat lain.

perkara2 yang buat kami berfikir- betapa cepat masa berjalan, sedar atau tidak kita akan perkara seperti ini. 

Saturday, June 20, 2015

terima kasih

aku ada soalan. kenapa kita sombong sangat? kenapa kita susah nak ucap terima kasih? kenapa sampai orang kena tanya terima kasih mana baru nak cakap?

kawan², pada suatu masa kita akan kehilangan semua, maka sementara ada, apalah salah untuk menghargai tiap satunya?

kita menolong tak mahu balasan pun. cuma cukuplah manis ucap terima kasih. mulai esok, pada bulan suci ramadhan ini, kita belajar ucap terima kasih pada siapa² saja. mak. ayah. kakak. abang. adik. acik tukang sapu. acik kantin. diri sendiri. dan siapa²lah; yang menyenangkan hati kita.

yakinlah-percayalah, takkan jatuh miskin kita ucap terima kasih.

:)

Sunday, May 31, 2015

ucap saja

kadang2 ada satu kekuatan yang entah dari mana yang  berjaya menggerakkan kita melakukan sesuatu yang orang lain (malahan kita sendiri) tak terjangkakan yang kita akan satu hari (akhirnya) (akan) lakukan.

apa2 pun, kita ucap saja Alhamdulillah; terima kasih; kerna kekuatan itu kadang2 dari doa2 orang disekeliling

p/s: masih mencari ilham. jauh dari niat aku sendiri mahu mengelompokkan aku dari sebahagian yang buat sesuatu sekadar kerana terpaksa. moga tuhan lindungi aku.

p/s: dan kau jua :)

Friday, May 22, 2015

ketar

ketar jari tak terselindungkan,
ketar hati disorok-simpankan,
ketar jiwa diapi-marakkan,
ketar dibibir tak terdiamkan

Tuesday, March 3, 2015

kau mana?

aku punya hati. hati kecil yang gelap dan sedikit retak dan lohong. tuhan kurniakan aku beberapa hamba yang terpilih untuk duduk diam senyap setia di hati aku yang tak seberapa ini. kehendaknya, muncul satu manusia yang tak terjangkakan hadir untuk singgah sebentar di lohong ini. pada mulanya hati menolak² dek merasakan hati terlalu penuh untuknya. namun hari² singkat mendatang, hati mulai membentuk satu lohong terpaling kecil untuk dia singgah menumpang. dek diberi ruang dia merasakan selesa sekeli untuk kerap menyinggah di hati, waima ruangan itu paling kecil aku sediakan. dia gembira bersenandung, menyanyi, dan menangis di ruangan² kecil tersediakan. hati mulai rasa selesa untuk kehadirannya tiap masa. hati mulai bimbang. resah bimbang yang amat mengenai kehilangan dia. hati mulai perlahan² menutup ruang lohong untuk dia singgah. dia mulai mengetuk² memintakan ruangannya kembali. namun kesilapan hati apabila hati menjawab
"aku takut akan kehilangan kamu, maka janganlah kamu singgah² lagi!"
dia melangkah dengan kekecewaan yang amat.

saat itu aku menyelam masuk ke hati. semasuknya aku di dalam hati sendiri, aku cuma merasakan seolah² tersesat dalam ruang gelap pekat hitam tanpa cahaya. zalim sungguh zalim. dicarinya kelibat si dia, seorang manusia yang pernah mengisi salah satu lompong kecil dalam lubuk gelap itu-- namun tidak kelihatan. hanya bekas tapak kaki yang kelihatan. aku mengejar dari belakang dan memanggil untuk kembali, namun dia cuma tersenyum, berdiri sambil mengandar harapan.

sepantas boleh aku berlari kembali menuju ke ruang kecil hati yang pernah didiami seketika dulu. pintu ruang itu aku buka, menggunakan kunci keinginan aku, dengan harapan dia mahu kembali bersenandung dan bernyanyi seperti sediakala di ruang sempit itu.

aku kembali untuk mengejar. namun sekembalinya aku di tempat berdirinya dia tadi, yang tertinggal cuma serpihan² harapan yang dikandar beserta tapak kakinya yang kian memudar dek kejauhan.

aku terduduk. masih terpinga² akan perbuatan yang telah dilakukan hati.

hati, kau zalim.

Thursday, February 26, 2015

teka teki

teka teki hari ini.

mana satu kita lagi terkejut,

1) dapat tahu kawan kita rupa²nya syiah,

atau

2) dapat tahu kawan kita atheist?

dua² salah. sila terkejutkan diri sendiri-- kalau disebabkan perbezaan ini, kita bubuh tembok dan jurang untuk bersahabat. come on. 

Wednesday, February 25, 2015

sadung

rasa macam beberapa hari lepas baru aku pesan ke hati aku jangan tersadung sama orang tak kenal.

dia degil.

Sunday, January 11, 2015

anak samad

berdiri teguh, sekuat yang boleh
biar tanah merekah, biar bumi terpecah.