Thursday, March 27, 2014

easy, too easy

awaken by a feeling-
a feeling of losing

please say hi,
please, say hi
please,
say; hi. 




Sunday, March 23, 2014

tenang

hatinya dirabak-toreh- 
lalu lunyai-- 

(yang) telah sepatutnya diterbiasakan--
masih lagi berbau segar; hanyir 

segar masih segar-
bau-bauan hanyir darah bersifat melankolik merobek-turis tiap inci hatinya

masih tenang jiwanya. 



Wednesday, March 19, 2014

dua tiga menjak

belakangan dua-tiga menjak aku tak rasa aku macam- aku.
aku, masih aku. tapi-- macam..
entah.  

dua-tiga menjak;
transisi dari gembira ke sedih memang singkat yang amat. 
kejap aku sedih tak semena-mena- 
sikit masa aku gelak besar-besar. 
ikhlas mana gelak aku, cuma tuhan atas sana tahu. 
sebab aku sendiri tak tahu. 

ini. adalah. cerita. 


Monday, March 17, 2014

mendung

pendefinisian sejajar-
antara semendung-mendung cuaca dan semendung-mendung dalam ini--
faham-fahamlah. 


Saturday, March 1, 2014

5 tahun dalam ingatan

terkadang ada sesuatu benda yang memang kita tidak mahu ingat-
atas sebab sebab spesifik yang cuma pahamnya kita sendiri. 


5 tahun yang lepas, bertarikhkan ini hari melibatkan aku dan keluarga yang lain dua perkara dua kontra yang terpaling besar -- kematian dan kelahiran. 
oleh dua yang aku cinta. 


anak saudara aku yang pertama dan dinanti semua keluarga menjenguk dunia. 
juga pada masa yang sama ibu saudara aku dijemput illahi.
nak ditanyakan kenapa perlu aku bersedih sangat atas kehilangan ibu saudara aku yang satu ini?
darjah satu aku dijemput hantar oleh dia.
pulang sekolah sebelum terkedek memanjat motor sedih aku diadu ke dia.
"mak teh, dia ejek akak badak"
budak itu dijegil buntangnya
"mak teh, apit tumbuk akak"
anaknya itu dicubit kutinya.

*pause*
masih aku ingat satu hari ini muncul dia dalam mimpi aku.
aku peluk.
"mak teh, akak rindu" esak aku.
"kalau rindu kenapa tak sedekah yasiin"
*pause*
terbangun aku untuk subuh pagi itu menangis aku semahu mahunya.

sungguh. wallahi.
aku rindu.