Wednesday, February 27, 2013

serigala.

hai, suka tak?


aku ini manusia. 
manusia biasa ciptaan tuhan, bertopengkan serigala. 
pesan emak;
"jangan direndahkan martabah manusia ke tahap seekor serigala"
emak, jangan terlupa, anakmu ini berkepalakan batu. 
emak terlupa, bahawasanya otak aku ini turun dari suaminya--
ayah aku.

aku punya sebab, yang mana takkan aku khabarkan ke emak kerana yakin dan pasti;
emak itu akan kata
"mengarut!" 

serigala, oh serigala.

pada aku-- 
bertopengkan serigala hanya simbolik kepada memadamkan malu aku pada manusia yang dasawarsa kian buas dan liar, 
mengalahkan seorang aku; serigala. 

tak lebih dari itu, emak. 
aku masih manusia, bertuhankan yang Esa.
Allahurabbi.

Tuesday, February 26, 2013

keyboard warrior?

jari aku, bila mulai menyentuh papan kekunci... bolehlah aku katakan, bicara aku melalui papan kekunci berbanding dunia luar bezanya terlampau ketara. pada dunia realiti, aku manusia yang cuma menjadi telinga kepada tiap satu manusia yang punya masalah, atau cerita disekeliling aku. cuma akan ada dua tiga baris ayat nasihat atau semangat dari berjela panjang cerita/masalah/dilema akan terpacul dari mulut aku secara berdepan. selebihnya, jika perlu, akan aku sambung di mana-mana yang memerlukan papan kekunci untuk menaip. baikpun telefon bimbit berskrin sesentuh.

oleh itu, adakah ini menjadikan aku salah seorang dari keyboard warrior?

keyboard warrior.


Friday, February 22, 2013

tuhan manusia

ini galaksi. tak ada kena mengena.


apakah benar--
aku kira tiap dari kau-kau-kau,
punya sisi yang berbeza?
sisinya-- 
baik dua. 
baik tiga.
baik ke nombor infiniti. 

apakah benar--
aku kira tiap yang berbeza itu,
cipta variasi warna yang mencorak tiap hidupnya manusia di bumi tuhan?

apakah benar-- 
aku kira tiap perbezaan itu,
cipta satu jurang antara kau-kau-kau,
dan aku?

apakah benar--
aku kira manusia merampas kerja tuhan,
cipta satu ruang dikriminasi sesama manusia?

apakah benar--
aku kira kau-kau-kau,
juga aku, 
cipta tugas yang asalnya empunya tuhan?

apakah benar kiraan aku?


cubalah curi satu masa; untuk berfikir, 
apa masih kita menjejak tanah,
sedangkan hati melambung ke langit?

cubalah curi satu masa; untuk mengingat,
apa masih kita membisik ikhlas,
sedangkan hati menjerit terpaksa?

cubalah curi satu masa; untuk sedar,
apa kita masih manusia,
sedangkan hati belajar menjadi tuhan?

jujurlah--
aku juga manusia,
begitu juga kau-kau-kau,
terkadang punya satu masa yang mana secara tidak sedar--
kita belajar menjadi tuhan.




Saturday, February 16, 2013

bichara kilat malam




sekali lagi aku memerhati langit malam. bezanya, aku rasa tak bermaya. lembam. lesu. sedih. kelam. remuk. silangan kaki aku ini malam sengaja dijuntaikan ke luar jeriji besi di beranda . malam itu aku terlalu malas untuk bergerak walau seinci. aku biarkan tubuh aku memeluk lemah jeriji tersebut dengan rasa yang teramat malas, bertemankan cahaya kilat yang datang pada kadar satu empat puluh lima saat sekali.

malam itu, kilat yang sabung-menyabung diluar tingkap, seolah-olah menggertak aku untuk berhenti memerhati langit malam. tiada pula petanda hari mahu hujan, cuma rancak kilat menari sahaja bikin malam itu agak lain rasanya. aku menginterpretasi tiap satu gerak tari sang kilat di dada langit. seolah-olah silangan kaki aku dan rasa lesu menimbulkan satu deria fokus yang membolehkan aku berbicara dengan kilat yang berceracak di langit malam.

"pergilah tidur, apa kau buat berjaga di malam hari ini anak muda." kata sang kilat. nadanya lembut memujuk, tak seperti yang aku sangka; menjerit dengan amarah.

aku cuma tersenyum manis untuk beberapa saat dan kemudian menundukkan kepala. aku duduk dan memeluk erat lutut. sejuk.

 "terkadang, aku merasa kewujudan aku cuma membikin orang lain susah. terkadang juga aku rasa tiap satu perlaku aku, membikin rengsa di hati tiap manusia sekeliling aku. terkadang aku merasa, wujudnya aku di dunia ini, cuma untuk dilihat buruknya. terkadang aku terpikir, apa pernah mereka menghargai aku?" balas aku. dadaku mulai sesak, dan sebak. air mata perlahan lahan menitis, diselangi guruh yang seolah memahami perasaan aku malam itu.

"bersyukurlah, anak muda. tuhan telah menciptakan engkau sesempurna yang mungkin. aku, sang kilat. apa pernah aku dipuji orang? apa pernah aku bikin orang senang dengan kehadiran aku? kewujudan aku, kemusnahan aku kelak, semata-mata kerana tuhan. aku lakukan segala-galanya kerana tuhan, kerana aku yakin akan ketentuan tuhan," balas nasihat padu sang kilat. lembut benar suaranya.


diam.

....


"apa bisa kita bertemu di lain hari? aku pasti akan merindui kamu. sekurangnya, aku masih punya tempat mengadu, yang tidak sewenang menghakimi siapa aku," kataku penuh pengharapan.

"mengadulah pada tuhan, berbicaralah sama tuhan, dia maha mendengar." balas sang petir. bayangan pada minda aku, dia sedang tersenyum manis.

kilat beransur-ansur hilang. aku membaringkan diri di balkoni sambil memeluk tubuh. kepala aku, ligat berfikir.

diam.


....

ya. aku lalai.