Wednesday, August 14, 2013

ayah pada syawal 7

menginjak syawal ke 7, kurang satu jam lepas, usai satu purnama ramadhan kelihatan tidak-- ayah pulang.
pada aku tujuan ayah pulang ke rumah selain menghantar not-not uang, tiada apa.

apa mungkin kepulangan ayah cuma untuk melepas rindu--
rindu yang tak kelihatan pada kami?

bilang emak lelaki ini berkecil hati apabila dikhabar ini;
"anak-anak dah tak kisah awak tak raya sini, dah terbiasa"

sekelumit tiada rasa aku untuk bersedih dipagi raya atas kekurangan ahli untuk sama-sama memohon keampunan sempena syawal.
raya pada aku cuma ahli keluarga, sepupu sepupu dan sanak saudara yang saling bersalaman bersama ucapan "selamat hari raya eidulfitri maaf zahir batin" --
yang kosong-lompong-lohong
tanpa jiwa.
tanpa rasa.
tanpa penghayatan.
..juga disusuli wang gula-gula.

kesempatan syawal ke 7 ayah pulang mengirim uang juga sedikit pengubat rindu buat aku.

pulangnya ayah ke tempatnya semula tadi diakhiri peluk cium dan tenung dalam ke mata aku--
seolah-olah dia melihat dirinya dalam aku--
balasan aku cuma satu carik senyum semanis mungkin.

anak ini sudah tegal ditinggalkan ayah.




Monday, August 12, 2013

hilang

tuhan,
aku kehilangan diriku dalam keramaian manusia disekeliling--

tuhan,
pimpin-bantu aku semula--
dalam aku mencari aku.

tuhan,
aku mohon--
kembalikan aku pada asalnya aku.


Saturday, August 3, 2013

apa kata?

dulu, dulu-dulu.
aku tak pernah rasa berkawan dengan manusia berlainan jantina itu satu masalah besar. kawan, berkawan. apa ada masalah.

sudden thought dalam bilik air aku adalah sangat random.
tiba tiba aku terfikir.

apa kata kalau tiba-tiba tertaruh hati? 

apa kata benda benda bodoh yang pernah diborak-bual dulu
jadi benda yang aku rindu? 

menjarak-menjauh--
perlahan-lahan--
beransur pergi?

tak ada apa, cuma terfikir.
cerita cuma kalau.

dah cakap. sudden thought dalam bilik air sangat random.
..dan bernas.
i can say that too.

sekian, salam remdan

.